Halaman

Khamis, 16 September 2010

... setelah 38 hari


Bukan main susah untuk memulakan semula aktiviti kayuhan basikal selepas berhenti lama sempena bulan Ramadhan, lebih tepat lagi 38 hari tidak melakukan kayuhan. Walaupun petang kelmarin aku sudah membuat persiapan termasuk membersihkan basikal, menggeris, memeriksa, mengepam angin tayar, membuat kayuhan percubaan, memeriksa peralatan dan perkakasan, aku hampir membatalkan hasrat. Tetapi atas semangat kesukanan yang kuat, aku berjaya melawan kemalasan diri.
Sebagai permulaan aku bertekad untuk berkayuh sekurang-kurangnya 40km, untuk menyesuaikan otot otot badan dan untuk melonggarkan sendi sendi tulang. Juga mungkin untuk membukti kepada diri sendiri bahawa aku masih mampu dan masih sihat walaupun umur telah melebihi setengah abad.
Pada awal kayuhan semuanya berasa berat, otot berasa ketat dan juga mencari kesalahan pada basikal, tetapi aku mula mendapat rentak bila badan dapat menyesuaikan pada keadaan. Setelah hampir satu jam aku tertanya 'kemana perginya cyclist lain?', sepatutnya hari ini ramai yang berada di jalan kerana hari ini adalah cuti umum sempena 'Hari Malaysia'. Aku hanya nampak seorang cylist semasa melalui lencongan timur ke Kuala Ketil.
Aku sempat membuat calibrasi meter basikal aku yang mengalami kerosakkan sebelum ini. Aku gunakan batu penunjuk km sebagai rujukan dan mendapati meter aku 'over-rate' lebihkurang 2%, aku kena fikirkan cara untuk membetulkan meter tersebut.
Bila aku baca rencana dalam Berita Harian hari ini, aku teringat kayuhan aku ke Bukit Fraser pada 06 April 2008. Aku rasa sudah sampai masanya Bukit Fraser dijadikan salah satu lokasi terunggul untuk sukan berbasikal. Selain dari pendakian ke puncak bukit yang agak santai, pengalaman dan pemandangan amat menarik.
Aku amat teringin untuk membuat kayuhan ke sana lagi, mungkin kalau dapat geng boleh juga buat kayuhan balik hari, maksudnya bertolak dari Sungai Petani jam 2.00 pagi, sampai di Kuala Kubu sebelum subuh, solat berehat, sarapan dan terus membuat kayuhan. Balik sebelah petang hari yang sama juga.


Gambar dibawah semasa aku membuat kayuhan sulung di Bukit Fraser pada April 2008 bersama geng dari Kepala Batas, Penang. Semasa pendakian kami di 'potong sayur' oleh cyclist dari Singapura yang datang menggunakan bas ke Kuala Kubu. Mereka semua menggunakan roadbikes.


Statistik :
  Mula : ............. 7.30 pagi
  Tamat : ............ 10.00 pagi
  Jarak : .............. 54 km
  Cuaca : ............ Cerah, tidak panas
  Route : ............. Kuala Ketil - Sidam Kiri -Pinang Tunggal - Sungai Petani

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan