Halaman

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H

.
Beberapa jam yang lalu berakhirlah ibadah Rukun Islam ke tiga yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Selama 30 puloh hari umat Islam berpuasa pada siang hari dan kebanyakan umat Islam akan berhenti membuat sebarang aktiviti senaman yang berat pada waktu berpuasa.
Esok Jumaat 10hb September 2010, umat Islam di Malaysia dan di kebanyakkan negara lain didunia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai meraikan kemenangan berpuasa selama satu bulan. Aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf dzahir batin kepada semua umat Islam dimana sahaja berada.

 
Kiranya esok bolehlah memulakan semula aktiviti kayuhan tetapi masih ada beberapa tuntutan yang perlu dilaksanakan sebelum mengeluarkan basikal dari tempat simpanan. Esok hari raya pertama perlu melakukan solat sunat hari raya, kemudian menziarahi keluarga terutama ibu bapa sekiranya mereka masih ada, keluarga dari adik beradik terdekat, ibu bapa saudara, saudara mara sepupu atau apa pun ikatan dan sahabat handai semuga ziarah tersebut akan mengeratkan semula siratul-rahim dan tali persaudaraan. Kiranya ziarah tersebut akan mengambil masa beberapa hari lebih lagi jika kampung halaman jauh dari tempat bermastautin. Itu belum lagi menanti kunjungan saudara mara dan rakan taulan ke kediaman kita.
Rasanya jika ada yang mahu boleh juga mencuri sedikit masa satu-dua jam disebelah pagi atau petang untuk melonggarkan otot kaki yang telah sebulan berehat. Tidak tahulah berapa jauh dan berapa boleh berkayuh. Peringatan kepada semua 'take it easy' sehingga otot otot kita dapat kembali seperti biasa.
Aku telah membuat beberapa perancangan dimana aku akan membuat kayuhan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan