Halaman

Sabtu, 4 September 2010

LTdL 2011

  
Aku seronok membaca jadual 'Le Tour deLangkawi 2011' yang akan bermula pada 23 Januari 2011 akan mengikuti laluan asal. Tidak perasan pula sudah empat tahun LTdL tidak melalui Bandar Sungai Petani. Begitu cepat masa berlalu. Pelumba akan melalui Bandar Sungai Petani pada Peringkat Kedua  kayuhan dari Kangar Perlis ke Butterworth, Penang sejauh 145 km. Kepada yang tidak berkesempatan membaca berita dan jadual tersebut, aku sertakan rencana yang terdapat dalam akhbar hari ini.


Kali terakhir LTdL melalui bandar Sungai Petani pada tahun 2007 (kalu tidak silap) aku dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk menjadi penonton. Walaupun menunggu lebih dua jam kerana ketiadaan jadual tepat bila pelumba akan sampai, ianya berbaloi. 
Aku menunggu ketibaan pelumba di lokasi yang agak strategik iaitu di Central Square. Ia mempunyai jejantas yang dijadikan vintage point untuk mendapat pandangan yang jelas dari arah depan dan arah belakang. Sebelum ketibaan pelumbaan, boleh buat window shopping dan makan dalam shopping complex tersebut.
Aku bernasib baik kerana mendapat beberapa cenderamata dari penaja perlumbaan termasuk 'thermos flask' aluminium, pensil, pembaris dan buku nota. Yang penting adalah perasaan yang amat teruja bersama ratusan (mungkin lebih) penonton disepanjang kedua dua belah jalan dibandar Sungai Petani. Sepuloh minit sebelum pelumba basikal tiba, jalan raya utama ditengah bandar seolah-olah 'terhenti', tiada sebarang kenderaan diatas jalan. Beberapa orang kelihatan mengambil masa sambil lewa untuk melintasi jalan yang selalunya sibuk. Semua kedai didapati kosong kerana semua pembeli berpusu pusu ke tepi jalan untuk melihat satu satunya temasya yang hanya berlaku selang berberapa tahun.
Semua orang belbagai peringkat umur, ethnik dan jantina akan seakan berbaris untuk melihat perlumbaan tersebut. Bukan semua orang meminati sukan tersebut, tetapi dengan penyertaan pelumba dari seluruh dunia disertai dengan gelagat kereta kereta penaja, kereta pasukan pasukan yang bertanding dengan membawa basikal spare, marshall yang menaiki motorsikal berkuasa tinggi, polis trafik yang pengawal lalu lintas dan persimpangan jalan, bunyi walkie talkie yang tidak berhenti yang memberi lapuran dan lokasi terkini dan helikopter yang berlegar legar diudara menimbulkan satu suasana dan sinario yang amat tegang (tension). Semua orang akan menumpukan pandangan kearah dimana akan muncul pada bila bila masa. 
Tiba tiba dengan deruman siren kereta polis dan laungan dari pembesar suara memberitahu ketibaan pelumba dan belum sempat penonton menyedari apa yang berlaku, segombolan pelumba basikal akan melintasi tempat penonton berada dan hilang dalam masa beberapa minit. Kelajuan dilokasi dimasa aku berdiri boleh mencapai 50 ~ 65 km/j kerana keadaan  jalan yang menurun. Semuanya berakhir dan orang ramai mula menghilang didalam kedai kedai di shopping complek semula. Polis, penaja dan marshal dengan pantas meninggalkan lokasi untuk berapa di tempat lain pula.
Aku sering tertanya tanya, apakah makna perlumbaan tersebut (LTdL) kepada kita. Bagi peminat sukan dan yang bergiat aktif dalam sukan berbasikal, mungkin akan membawa keseronokan dan pengalaman yang sukar dilupakan kerana terlibat sama dalam sukan tersebut, dan  akan menjadi satu rekod sejarah dalam hidupnya. Kepada orang lain mungkin memberi kepuasan, mungkin dapat mempromosi sukan ini kepada mereka, yang lain mungkin sebagai penonton sahaja yang secara kebetulan berada dilokasi. Walau apa pun, sukan seperti ini banyak mendatangkan menafaat kepada negara kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan