Kayuhan buang lemak kerana semalam menghadiri tiga 'Walimatul Urus' satu di Laguna Resort. satu di perkarangan Masjid Taman Intan dan pada sebelah malam di Hotel Sri Malaysia. Apa yang dapat dirumuskan ialah kebelakangan ini terdapat kecenderongan kenduri dibuat bukan di rumah pengantin. Trend ini mula ketara pada tahun ini, sekurang kurangnya di Sungai Petani. Mungkin di tempat lain sudah lama menjadi kebiasaan.
Walau apa pun aku terlalu kerinduaan kenduri masa dulu dulu. Tidak besar mana dan tidak semewah sekarang tetapi hebat dan betul betul meriah. Jemputan tidak ramai tetapi semua penduduk kampung akan hadir.
Bukan banyak sangat makan nasi minyak atau lauk lauk kenduri tetapi aku risau pada 'ramuan' yang ditambah untuk megenakkan makanan. Kalau aku pening kepala apabila balik dari kenduri, pasti makanan telah dicampurkan dengan bahan bahan perasa.
Kayuhan pagi ini lebih kepada untuk mengembalikan kesihatan badan selepas menjamu selera dengan makanan kenduri. Minta minta semoga toksik yang terkumpul dapat dikeluarkan atau dibakar melalui aktiviti senaman. Tetapi pada hujung minggu nanti ada pula kenduri lain yang kena hadiri. Kadangkala aku berterima kasih kerana tidak dijemput mnghadiri kenduri.

Statistik
Mula ............. 7.30 pagi
Tamat ........... 11.15 pagi
Jarak ............. 69 km
Cuaca ........... Redup
Laluan .......... Pinang Tunggal - Sidam Kiri - Padang Serai - Kampung Selamat - Pinang Tunggal PP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan