Halaman

Ahad, 8 Disember 2013

SK Juan kemalangan basikal

Beberapa hari lepas, pada 03 Disember, SK Juan datang ke rumah pada sebelah petang untuk bersembang. Memang sudah agak lama tidak berjumpa dengan dia. Lebih tepat sejak awal bulan November lalu. Aku sendiri tidak berapa minat untuk berjumpa kerana aku beranggapan dia hanya mahu berjumpa dengan aku kalau dia tiada rakan untuk bersembang. Aku harap aku tersalah anggap.
Kali terakhir aku bercakap dengannya melalui telefon ialah pada Jumaat 01 November untuk mengajak dia berkayuh ke Betong Thailand. Apabila dia menolak tawaran aku beranggapan dia tidak berminat untuk berkawan dan hanya memerlukan aku jika dia hendak mengajak aku berkayuh.
Tanggapan aku betul kerana selalunya dia akan berada di kedai basikal Soon Lee Taman Intan pada sebelah petang. Petang  ini dia datang mencari aku kerana orang yang selalu melayan dia berbual agak sibuk dengan kerja. Takkan lah aku tidak mahu melayan dan meraikan dia, tetapi dia tidak mahu masuk sebaliknya mengajak aku minum petang di Kedai Nasi Kandar Hussin, Sungai Petani.
Ada bakat gak...
Keesokkan paginya sedang aku membuat kerja kerja menyiapkan sarung parang, aku melihat dia mengayuh basikal dihadapan rumah dan terus menegurnya. Dia agak laju tetapi berpatah semula apabila mendengar aku memanggilnya. Aku tidak berkayuh pagi ini kerana cuaca gelap hendak hujan dan merasa cemburu kerana Juan sempat juga membuat kayuhan. 
Aku terkejut apabila melihat darah pada muka dan lututnya. Kulit b.elakang tapak tangan sebelah kiri kelihatan terkoyak walau tidak berdarah. Mukanya dipenuhi pasir dan pakaian agak kotor dengan lumpur dan slut. 
Belum sempat aku bertanya dia memberitahu dia terjatuh semasa berkayuh pulang di laluan lencongan barat menghala selatan. Hanya satu lorong dibuka kerana kerja kerja membaiki jalan sedang dilakukan. Pada mulanya ia berkayuh pada jalan yang dibuka tetapi merasa tidak selamat kerana kenderaan dari arah sama terlalu hampir apabila memotong. Permukaan lorong yang ditutup telah dikorek hampir 2 inci untuk digantikan dan permukaan tersebut tidak rata. Dia mengambil keputusan untuk mengikut lorong tersebut kerana risaukan keselamatan diri. Dia terjatuh apabila cuba untuk memasuki semula laluan motorsikal kerana tebing yang agak tinggi.
Beberapa penunggang basikal berhenti memberikan pertolongan tetapi dia masih mampu untuk pulang kerumah. Aku sendiri menawarkan untuk membawa dia ke klinik tetapi dia menolak dengan alasan untuk pulang kerumah membersihkan diri dahulu sebelum pergi ke klinik. Aku tahu dia degil dan tidak menghantarnya ke klinik.
Aku singgah melawatnya dirumah apabila selesai urusan menghidupkan insuran dan roadtax Nissan Xtrail aku yang akan tamat tempoh pada 06 Disember. Dia telah ke klinik Taman Intan dan sedang berehat dirumah. Luka dimuka dan lutut sudah dibersihkan dan dijahit. Katanya kos perubatan mencecah RM200.00, mahal kerana kos injection dan kos jahitan. Aku suruh dia berehat dan jangan berkayuh lagi sehingga luka dan kecederaan betul betul sembuh.
Baru sekarang aku dapat mengetahui nama penuhnya apabila melihat ubat yang diberikan oleh pihak klinik. SK bermaksud Seow Kee.

Statistik : 
    Mula ............... 8.00 pagi
    Tamat ............  9.50 pagi
    Jarak ............... 42 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Timur (pergi balik)
   Odometer 2013 : 04769
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan