Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

Tiga kali tukar haluan ......

Walaupun permulaan kayuhan terganggu, terganggu kerana beberapa meter keluar dari rumah terdengar bunyi yang tidak menyenangkan. Bila diperiksa mendapati tayar belakang kempes (punctured la tu...). Berpatah balik dan mengambil basikal lagi satu, hahhh ... ada kelebihan mempunyai lebih dari satu basikal. Tidak perlu bersusah payah menukar tiub. Kalau tidak letih balik dari kayuhan nanti boleh lah tukar, kalau tidak esok atau nanti lah.
Bila mula bergerak semula terpaksa berpatah balik kerana mendapati kantung yang selalunya diisi dengan kamera, telefon bimbit dan paling penting wang dan salinan kad pengenalan tertinggal pada basikal yang tayarnya bocor. Berpatah sekali lagi. Semuanya melambatkan permulaan kayuhan lebih sepuluh minit. Bukannya rugi apapun tetapi sifat aku tidak suka dilengah lengahkan oleh benda remeh temeh seperti yang berlaku.
Terfikir juga jika ini adalah petanda perkara yang tidak diingini akan berlaku semasa kayuhan nanti. Karut ..... tahjul semata mata. Syaitan suka mengacau.
Sebaik memasuki lencongan barat aku mula terasa pukulan angin timur membadai tubuh badan, memberatkan bebanan dan sekali gus mengurangkan kelajuan. Cahaya panas terik matahari disertai angin yang agak kencang. Wah .. boleh jadi kacau kalau pulang lewat pagi.
Dari awal aku berhasrat untuk ke Tanjung Dawai tetapi memikirkan tiupan angin yang akan bertambah kencang apabila tanah daratan semakin panas aku menukar haluan untuk pergi ke Bukit Selambau melalui Sungai Lalang. Apabila menghampiri tol Sungai Petani utara dimana aku sepatutnya membelok ke kiri untuk ke Sungai Lalang aku membelok ke kanan untuk memasuki jalan lencongan timur.
Semasa membuat pendakian jejantas overpass rel keretapi di Laguna Merbuk spocket gear belakang mengeluarkan bunyi. Sukar membuat beberapa pendakian dijalan Bukit Selambau nanti. Mungkin aku akan membuat dua pusingan di kedua dua lencongan sahaja hari ini.
Sekali lagi aku menukar fikiran. Dipersimpangan berhampiran JPJ, aku membelok ke kiri ke arah Kuala Ketil dan kemudian membelok ke Sidam Kiri. Projek jalan dua lorong masih tidak banyak kemajuan pada pandangan aku, jika ada pun terlalu perlahan dan banyak berbeza dibandingkan pada kali terakhir aku berkayuh disini bulan lalu. Rancangan aku untuk membelok ke Pantai Prai dan Pinang Tunggal yang mana boleh berkayuh hampir 40 km.
Masih awal, tiupan angin masih boleh di   dan masih belum panas terik sangat. Insted of membelok ke Pantai Prai aku meneruskan kayuhan ke Padang Serai dan selanjutnya ke Pinang Tunggal melalui Ekor Kucing.


Statistik : 
    Mula ............... 8.15 pagi
    Tamat ............  10.35 pagi
    Jarak ............... 59 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Lencongan Barat - Sidam - Padang Serai - Pinang Tunhggal
   Odometer 2013 : 04958
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan