Halaman

Isnin, 9 Disember 2013

Kayuhan ke Kuala Sin ?

Tidak dapat menahan kehendak untuk keluar menghirup udara nyaman. Angin timur yang bertiup sejak awal pagi menyejukkan kulit muka dan kelajuaan kayuhan terjejas oleh tiupan angin tersebut. Rasanya seronok juga untuk berkayuh kearah selatan tetapi aku tidak boleh pergi jauh kerana ada kerja yang perlu diselesaikan pada sebelah petang nanti.
Aku merancang untuk berkayuh dan akan berpatah balik apabila cukup satu jam kayuhan. Kayuhan pulang pula akan mengambil masa yang sama dan jumlah masa kayuhan cukup dua jam. Lebih daripada mencukupi untuk kesihatan badan.
Tiada apa yang penting untuk dicatatkan dan direkodkan pada kayuhan ini. Ada beberapa insiden kecil berlaku dimana kereta keluar dari simpang tidak memberi laluan kepada sipengayuh basikal yang mempunyai hak laluan, kenderaan memotong terlalu hampir walau masih banyak ruang disebelah kanan dan ada yang memandu hingga tayar kenderaan berada diatas cat penanda jalan sebelah kiri. Dalam kesemua insiden kecil tersebut aku berjaya bersabar dan menahan dari memarahi. Apa ndak buat, resmi dan sikap pemandu disini.
Aku sering memikir hari hari dimana aku tidak akan dapat membuat kayuhan kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini. Selalunya kalau majlis diadakan dikawasan atau daerah Sungai Petani tidak menjadi masalah, cuam kalau menghadiri majlis diluar kawasan seperti Perlis atau Perak.
Kelmarin pada mensyuarat 'panel penasihat klinik kesihatan' diberitahu bahawa beberapa kakitangan klinik dan ahli panel akan ke Kuala Sin, Bukit Selambau untuk menghadiri program NCDP (non comunicale diseases) pada hari Khamis 12 Disember 2013. Kenderaan disediakan dan akan bertolak dari klinik pada jam 8.00 pagi. Tetapi aku masih berbelah bagi samada untuk turut serta bersama mereka atau kemungkinan membuat kayuhan dari Sungai Petani. Jarak lokasi hampir 50 km dan akan mengambil masa 2 jam.... atau aku akan ke majlis kenduri kahwin anak seorang rakan dari Kampung Lonek Negeri Sembilan di Pendang.


Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  10.00 pagi
    Jarak ............... 45 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Kepala Batas - Pematang Sintok
   Odometer 2013 : 04814
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan