Halaman

Sabtu, 29 Mei 2010

Ke Tasik Gelugur


Kayuhan ini sepatutnya dilakukan pada hari Sabtu minggu lepas iaitu pada 22 Mei 2010. Aku merancang untuk membuat kayuhan ke Kepala Batas Pulau Pinang dan join group di untuk kayuhan ke Sungai Petani melalui Tasek Gelugur, Padang Serai, Sidam Kiri, Bandar Puteri Jaya dan balik. Bila mereka berpatah balik aku pula akan terus balik ke rumah. Jarak yang dikayuh adalah sama. Anggaran jarak hampir 70km.
Pagi tersebut aku sudah bersiap sedia tetapi terpaksa dibatalkan kerana hujan turun agak lebat mulai jam 4.30 pagi. Walaupun hujan mulai reda pada jam 6.30 pagi tetapi mungkin akan berterusan. Aku terpaksa batalkan rancangan tersebut.
Keesokkan harinya aku layari internet dan dapati kayuhan yang dirancang dibatalkan.
Hari ini aku hendak menyempurnakan hajat untuk kayuhan pada laluan yang dirancang. Aku kayuh seorang je. Disepanjang jalan dari Jambatan Merdeka ke Kepala Batas, kelihatan ramai pengayuh basikal dari arah bertentangan. Besar kemungkinan kereka sedang menuju ke Kota Kuala Muda dan pantai Merdeka. Aku perhatikan ramai yang menggunakan 'roadbikes' termasuk sepasang cyclist yang  besar kemungkinan suami isteri.
Sebelum sampai ke pekan Kepala Batas aku sempat memotong seorang cyclist yang juga veteran seperti aku. Kayuhannya agak perlahan sedikit tetapi nampak sihat dan bertenaga. Sempat bersembang untuk beberapa minit sebelum dai membelok kearah Pongsu Seribu manakala aku terus ke Tasik Gelugor. Tengah syok berkayuh, seorang rakan menalepon aku menjemput kenduri Akikah anak cucunya hari ini. Ada tiga jemputan kenduri hari ini dan dua untuk esok.
Belum lagi mula cuti sekolah, kenduri sudah bermula. Ini yang aku tidak tahan ini. Terus terang aku katakan kebanyakan menu kenduri lebih kurang sama sahaja, dari dahulu hingga sekarang. Kadangkala belum lagi sampai kerumah kenduri selera makan dah hilang. Mujurlah sesetengah rumah kenduri sekarang ini menyediakan makanan lain seperti laksa, bubur, me rebus. Ini adalah satu pekembangan yang bijak. Kalau difirkan kadangkala kita mendapat lebih pada tiga jemputan dalam satu hari dan makanan seperti ini akan menyelamatkan keadaan dan badan tidaklah dipaksa menyerap segala lemak, kolestoral atau sebagainya.
Aku agak terkejut melihat perubahan Pekan Tasik Gelugor. Kesemua pokok yang dahulu memberikan perlindungan dari panas habis ditebang. Aku hampir tidak perasan telah melepasi pekan kerana perubahan ini. paling ketara adalah pembinaan rel bekembar KTM yang melintasi ditengah tenggah pekan ini. Selaras dengan itu jalan raya juga dibesarkan menjadikan pekan mengalami kesesakkan lalu lintas. Bayangkan jika hari bekerja sudah tentu pemandu terpaksa mengambil masa lama untuk melepasi pekan kecil ini.


Statistik :
   Mula :.......... 7.05 pagi
   Tamat : ........ 11.30 pagi
   Jarak : ......... 72 km
   Cuaca : ....... Panas
    Route : ....... Sg petani - Tikam Batu - Kepala Batas - Bertam - Tasik Gelugor - Padang Serai - Pg Tunggal

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan