Setelah berbulan bulan aku menceritakan pengalaman aku mengayuh Gunung Jerai kepada Juan, akhirnya dua hari lepas dia menyatakan telah bersedia untuk membuat kayuhan pertamanya. Tidak tahu apa sebabnya dia menukar fikiran tentang kayuhan mendaki Gunung Jerai. Selama ini Juan memberikan pelbagai alasan yang bagi aku tidak begitu konkrit seperti jalan dipenuhi daun basah dan tepi jalan berlumut. Aku selalunya tidak menentang alasannya, hanya berdiam diri, kerana bagi aku kalau seseorang itu tidak berminat tidak perlulah kita bertegang urat.
Beberapa hari sebelum ini aku telah menunjukkan gambar gambar yang aku ambil semasa mengayuh di Gunung Jerai. Rasanya baru dia tahu begaimana jalan yang ada telah dinaiktaraf dan boleh dikatakan dalam keadaan amat baik. Kali terakhir Juan naik keatas ialah lebih lima belas tahun yang lalu semasa membuat projek stesyen komunikasi di puncak Gunung Jerai.
Tahun ini Juan berusia 76 tahun. tengok sajalah fizikal badanya. Masih tegap dan gagah.

John juga bersama membuat kayuhan ini.
Ingatkan pagi tiada orang lain yang membuat kayuhan kerana hari ini hari bekerja. Semasa aku sampai terdapat empat orang rider telah bersedia untuk memulakan kayuhan.Mereka mengajak aku menyertai mereka tetapi aku menolak kerana menunggu Juan dan John sampai.
Disepanjang jalan naik, bendera negeri Kedah dan banner perasmian Hotel Regency Jerai Hill Resort masih bergantungan ditiang kabel elektrik TNB. Resort tersebut telah dirasmikan oleh Sultan Kedah pada 18hb Mei 2010 yang lepas. Jerai Hill Resort dibuka pada Dec 2009. Sebelum ini SP Inn Sungai Petani menjadi pihak pengurusan resort ini.
Baru aku teringat. Semasa kayuhan aku disini pada 15hb Mei lalu, banyak kereta dan lori JKR, Majlis Perbandaran dan beberapa ajensi lain naik ke resort. Aku ingatkan ada seminar atau mesyuarat berlansung, rupanya mereka membuat persediaan dan persiapan untuk majlis perasmian resort tersebut.
Aku sempat bertanya kepada seorang pekerja Jabatan Perhutanan di Muzium Perhutanan apa terjadi kepada gerai minum di puncak gunung diluar kawasan resort. Menurutnya pihak pengurusan resort tersebut telah mengarahkan gerai tersebut dirobohkan. Mungkin disebabkan gerai tersebut mencacatkan pemandangan kawasan tersebut atau mungkin mereka kehilangan business kerana pelancong mencari makanan murah di gerai tersebut.
Adalah tidak wajar bagi pengurusan resort tersebut tidak membenarkan orang awam memasuki kawasannya kecuali orang yang menginap disana. Menurut pekerja Jabatan Perhutanan tersebut, pihak resort juga tidak membenarkan tetamu resort membuat unggun api atau membuat bar-b-que di kawasan resort. Tetamu yang berhasrat untuk membuat demikian diarahkan untuk kekawasan perkelahan Sungai Teroi dibawah jagaan Jabatan Perhutanan. Kini Jabatan Perhutanan mengambil langkah tidak membenarkan aktiviti demikian.
Juan tidak sanggup untuk meneruskan kayuhan ke puncak yang masih ada dua kilometer lagi. Cukuplah sampai disini.
Semasa kami berehat, kumpulan pengayuh yang mula tadi turun dengan lajunya. Salah seorang ialah Cik Gu Din. Kami tinggal dikawasan yang sama. jarak rumah kami kurang dari 300 meter tetapi dia tidak kenal pada aku.
Kami turun pada jam 10.40 pagi. Dalam perjalanan turun kami berselisish dengan sekumpulan terdiri dari lima orang pengayuh yang sedang menaiki gunung. Mereka baru melepasi km3.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan