Halaman

Ahad, 2 Mei 2010

Rutin Biasa

Pagi tadi apabila aku memandu keluar dari rumah dengan basikal didalam kerata, aku terperasan yang Gunung Jerai sebenarnya amat jelas kelihatan dari jalan dihadapan rumah aku. Juga, puncak Gunung Jerai jelas kelihatan dari dalam bilik anak aku.  Walaupun boleh dilihat dengan jelas namun jaraknya adalah 34km melalui jalan Semeling, Bidong dan Gurun.
Sebaik sahaja aku memasuki kawasan tempat letak kereta dikaki gunung, aku melihat  John Ch'ng Yam Par seorang rakan yang sering berkayuh dengan aku sedang menurunkan basikal dari kereta. Kelihatan dia seorang sahaja. Bila aku tanya, dia berkata dua orang rakannya sedang dalam perjalanan mengayuh basikal dari Sungai Petani. Dia membawa kereta kerana hendak cepat.  Ada kerja lain yang perlu dibuat sebelum tengah hari nanti.
Sebenarnya aku terkejut sedikit bertemu dengan John disini membuat kayuhan Gunung Jerai. Pernah sekali dulu aku mengajaknya berkayuh disini. Pada mulanya dia setuju tetapi membatalkan pada saat akhir.  Tidak tahu pula apa sebabnya. Selepas itu aku tidak lagi mengajaknya kerana dia kata akan menghubungi aku bila hendak buat kayuhan nanti. Tidak tahu pulak dia membuat kayuhan.
Walaupun belum sampai satu tahun aku mengenali John, tetapi aku tahu dia adalah seorang kristian. Selalunya dia dan keluarga akan pergi ke gereja setiap pagi Ahad.  Gereja yang dia  menjadi ahli adalah sebuah kedai yang diubahsuai terletak di Taman Intan. Tetapi pagi ini dia ada di kaki gunung untuk membuat kayuhan. Aku tidak pula menanyakan perkara tersebut kepadanya kerana menghormati dia sebagai seorang kawan.
Semasa mengenali John pada Sept 2009, dia sedang berjogging. Wajahnya nampak bermasaalah dan kelihatan tidak bertenaga. Dia nampak lebih tua dari umurnya dan tidak keterlaluan jika aku katakan yang dia nampak lebih tua dari aku. Dia menceritakan bahawa dia mengalami penyakit jantung yang agak teruk dan dinasihatkan untuk melakukan aktiviti bersukan. Aku mencadangkan dia menceburi aktiviti berbasikaldan menerangkan segala kebaikkan dan kelebihan berbasikal. Selang beberapa hari, dia membeli sebuah mountain bikes dan kami mula membuat kayuhan bersama.
Sedikit aku nak komen pasal basikal yang dibeli oleh John. Basikal itu hanya entry level berharga hampir RM900.00 sahaja. Aku dan kawan aku Juan memeberi dia tempuh tiga bulan. Kami yakin dan pasti John akan menukar kepada basikal yang lebih bagus dalam tempuh tersebut. Setakat hari ini John memiliki tiga basikal, satu mountain bike menggantikan basikal yang mula dibeli dan dua road  bikes terpakai.
Perubahan besar yang dilihat adalah kesihatan. Dia kini lebih bertenaga dan sihat. Kini dia mampu membuat kerja kerja yang dilakukan sebelum diserang sakit jantung. Juga kami kurang membuat kayuhan bersama kerana sibuk dalam perniagaan kedai cat keretanya.
Bagai telah ada persefahaman antara satu sama lain, kami membuat kayuhan pendakian bersama. John berkata tidak perlu menunggu dua orang rakannya yang lain, jumpa sahaja diatas nanti. Menurut John, ini kali ketiga dia membuat kayuhan Gunung Jerai. Eh.. bila pula ye?. Semasa aku mengajaknya dua bulan yang lalu dia belum pernah membuat pendakian. Agaknya dalam diam diam dia datang kesini seorang diri. 
John yang baru berusia 45 tahun ternyata lebih bertenaga mengayuh keatas. Dia berada didepan aku tetapi tidak jauh. Selang beberapa ratus meter dia akan berhenti. Samada dia berhenti kerana menunggu akau sampai atau tidak larat aku tidaklah pasti. Aku membuat pendakian mengikut kelajuan dan tempo sendiri. 
Ini adalah masalah apabila membuat kayuhan berkumpulan. Banyak masa dihabiskan berbual apabila berhenti. Ini lah pasal aku lebih suka membuat kayuhan solo.  Apabila berbual bukan boleh sekejap, kadangkala akan berlarutan melebihi lima atau sepuluh minit. Ini menjenjaskan rentak kayuhan.
Disalah satu pondok hentian lebih kurang 3km dari bawah, seorang pengayuh lain menyertai kami dan masa berehat menjadi semakin panjang. Dia berumur dalam lengkongan 36 tahun dan bekerja di Perwaja Steel. Menurutnya dia membuat kayuhan manakala isterinya berjalan kaki mendaki gunung. Apabila kami bergerak semula dia minta maaf kerana tidak dapat bersama membuat pendakian dengan alasan isteri ada dibawah. Tidak mengapa.
Aku dengan John meneruskan pendakian. Terjumpa beberapa kumpulan lain yang sedang membuat pendakian atau berehat. Satu kumpulan seramai lima pengayuh menarik perhatian aku. Kesemua mereka berumur pertengahan 30'an, menggunakan basikal yang sama jenis iaitu 'Giant', sama warna basikal, sama spec, mempunyai pakaian dan kelengkapan yang sama. Wah.. hebat. Oh hampir lupa pula, mereka juga mempunyai rentak dan cara kayuhan yang agak sama. Maksud aku, semuanya nampak tidak larat untuk menghabiskan kayuhan ke puncak gunung.
John berpatah balik apabila kami sampai pertengahan jalan. Nampak dia keletihan. Alasan kerana dia lapar dan tidak ada kedai makanan diatas selain dari di hotel. Aku meneruskan kayuhan bersendirian, memotong dua kumpulan lain sebelum berhenti rehat di Muzium Hutan. Agaknya aku terlalu mengerah tenaga kerana apabila berhenti rehat, aku tidak perasan air bekalan yang dibawa habis diminum.
Dikawasan rehat muzium empat orang pengayuh berehat dan berbual. Aku pun join sekali. Dua dari pengayuh biasa aku lihat dan sering berbual bila berjumpa. Mereka telah sampai ke puncak dan  dalam perjalan turun. Yang dua orang lagi belum pernah aku jumpa. Tetapi dari perbualan, mereka sering membuat pendakian. Tajuk perbualan,tidak perlu aku nyatakan kerana telah beberapa kali aku menyebutnya dalam blog aku ini.
Aku jumpa dan bersembang dengan Pak Ya. Aku respect dia kerana dia tidak peduli basikal yang digunakan. Dia tidak menggunakan fork/suspension tetapi rigid fork. Juga dia tidak memakai pakaian berbasikal yang khas. Cuma pakai traksuit dan t-shirt biasa saja.
Sebelum mendaki dan menuruni gunung ini, aku membuat sedikit pelarasan/adjustment pada ketinggian saddle atau seat aku. Berkesan. Kesakitan pada tapak tangan tidak begitu ketara dan aku berjaya menghabiskan penurunan bukit tanpa berhenti seperti kebiasaannya.
Aku membuat detour semasa perjalanan pulang. Aku menghala ke Yan melalui pekan Guar Cempedak. Aku singgah  untuk membeli brake-shoe disebuah kedai basikal di pekan Yan Kecil. Kedai basikal tersebut terletak di jalan menghala air air terjun Perigi.  Aku dapati brake shoe basikal  cepat mengalami wear and tear (haus) sejak membuat kayuhan Gunung Jerai. Brake adalah penting utuk kayuhan seperti itu. Aku bernasib baik kerana ada dua pasang terakhir. Aku terus membelinya dengan harga RM48.00 jenis SARS.
Aku sempat juga bertanya kalau ada stok tayar basikal 1.25 x 26. Jenis yang aku mahu ialah  Kenda,  malangnya  tiada stok. Yang ada ialah jenis 'Panaracer' yang dijual dengan harga RM56.00 satu. Aku tidak bawa cukup wang.
Statistik
Mula : .................... 7.30 dari rumah, 8.15 pagi mula kayuhan
Tamat : .................. 11.00 pagi dikaki gunung, 12.45 sampai dirumah
Jarak : .................... sama seperti dulu
Cuaca : .................. baik
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan