Lihat gambar ini.... agak nya dimana ye?. Hah kalau nak tau gambar diambil semasa kayuhan pendakian Gunung Jerai pada 15 Mei 2010. Waktu gambar diambil ialah 0915 pagi. Gunung ditutupi oleh kabus tebal. Pandangan terhad kepada 50 meter dan aku nyalakan lampu belakang semasa kayuhan.
Terasa macam berada di Genting atau di Cameron Highland lah pula. Telah tujuh kali aku membuat kayuhan mendaki gunung, inilah kali pertama aku mengalami keadaan cuaca seperti ini. Hanya sebahagian sahaja yang mengalami keadaan sebegini, iaitu pada km5 hingga km6, selepas itu kabus nipis sahaja. Walaupun kabus tebal tetapi suhu agak tinggi juga. Aku masih berpeluh.
Masa dulu dulu dikampung aku sering mengalami fenomena ini, lebih lagi selepas hujan lebat disebelah malam. Kejadian 'kabus' adalah sama dengan kejadian awan. Bezanya awan terbentuk bila air sejat tinggi dilangit manakala kabus terjadi berhampiran dengan muka bumi. Biasanya kabus berlaku apabila udara terlalu sejuk dan menjadi sejat. Ini menyebabkan terjadinya titisan air didalam udara yang kita panggil kabus.

Seperti selalu aku sebut, ini rutin aku iaitu membuat kayuhan mendaki Gunung Jerai sekurang kurangnya setiap dua minggu. Hari ini aku kena berhati kerana jalan basah. Ada beberapa tempat jalan dipenuhi lumpur yang dibawa oleh air hujan. Ada juga tempat dimana batu batu premix jalan terkupas keluar dan boleh membahayakan semasa menuruni gunung ini. Pagi ini tidak ramai orang yang melakukan exercise samada berjogging, berjalan kaki atau menaiki basikal. Faktor cuaca yang tidak begitu baik menyebabkan kekurangan orang.
Di km4 aku melihat sekumpulan remaja Cina sedang berjalan turun. Setiap orang membawa satu beg plastik besar. Mereka mengutip bekas botol air mineral dan tin minuman yang bertaburan ditepi jalan. Anggapan aku ialah mereka ini bukan mengutip botol dan tin minuman untuk dijual dan mendapat sedikit wang tetapi mereka ini membuat kerja kerja amal untuk mengitar semula dan menyelamatkan alam sekitar. Diharapkan lebih ramai lagi orang akan sedar pentingnya menjaga alam sekitar. Syabas.
Akhirnya hari ini aku dapat kesempatan berkenalan dengan rider yang pastinya akan memotong aku dengan laju apabila membuat pendakian. Walaupun dia memotong aku pada km3 atau km4, seringkali aku belum pun sempat sampai ke Muzium perhutanan, dia telah turun.
Pernah aku diberitahu oleh kekawan lain bahawa basikal yang digunakan berharga tidak lebih dari tiga ratus ringgit. Guna fork rigid sahaja. Kawan aku kata fork gigi gajah. Susah dipercayai. Hari ini aku berpeluang melihat basikal dari dekat dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa shot gambar untuk rekod dan simpanan. Menurutnya, semasa Kayuhan Terang Malam di Kulim HTP pada 01 Mei 2010 yang baru lalu, ada orang bertanya adakah basikal ini sebagai spare. Terkejut orang yang bertanya bila dia mengatakan basikal ini akan digunakan untuk kayuhan.
Sebenarnya dia juga mempunyai basikal MTB berharga lebih RM3K, tetapi lebih selesa dan sesuai menggunakan basikal ini. Basikal ini berat dan sesuai digunakan untuk kayuhan bukit dan gunung. Pelik. Semua orang yang aku kenal mahukan basikal yang ringan supaya dapat kayuh lebih laju sehingga sanggup membelanjakan beribu ringgit untuk menukar part dan membuat upgrading.
Basikal ini dibeli dengan harga RM190.00 (betul.... aku tidak silap taip) dan selepas sedikit modisfikasi iaitu menukar saddle atau seat, harga yang dibayar adalah RM250.00 (Ringgit Dua Ratus Lima Puluh sahaja). Nama basikal 'Oscar'. Tahu dimana dimana basikal ini dapat dilihat dengan banyak? Tu di tempat parking basikal sekolah. Basikal dibeli kedai biasa di Pekan Gurun. Tiada lagi tambahan atau ubahsuai dibuat, lihat sajalah basikal tersebut. Aku mengangkat basikal tersebut dan menganggarkan beratnya tidak kurang dari 16 Kilo. Dia membetulkan anggaran aku, berat basikal tersebut ialah 18.5 kilo.
Menurutnya dia boleh mencapai kelajuan 12km/j + untuk pendakian gunung dan sampai ke puncak dalam masa 75 minit sahaja. Kelajuan itu lebih dua kali ganda dari kelajuan kayuhan aku. Ok.. umurnya baru 34 tahun. Dia mempunyai kedai membaiki motorsikal di Pekan Gurun dan kerap melakukan pendakian, selang sehari. Sebelum pertama kali membuat kayuhan pendakian gunung ini, dia membuat senaman menguatkan otot kaki untuk beberapa bulan.
Menurutnya lagi dia mendapat tahu seorang pekerja kedai basikal di Guar Cempedak boleh sampai ke puncak Gunung Jerai dalam masa kurang 45 minit. Dia mencari peluang untuk berkayuh mendaki gunung dengan orang tersebut untuk membuktikan apa yang dia dengar.
Pada kayuhan jalan biasa, dia boleh mencapai kelajuan maksima 48km/j tetapi untuk tempuh yang singkat. Biasanya dia mengayuh pada kelajuan 40km/j. Aku amat berpuas hati dapat bersembang dengan dia. Aku meneruskan pendakian apabila dia turun dengan laju untuk memulakan perniagaan woksyop motosikalnya.
Apabila aku sampai dipuncak aku kecewa sedikit kerana gerai yang sering aku kunjung untuk melepaskan letih dan menghilangkan dahaga tutup. Agaknya perniagaan kedai ini tidak mendapat sambutan kerana kekurangan pelancong dan pelawat. Gerai ini hanya dikunjungi pelanggan pada cuti sekolah dan hujung minggu sahaja.
Aku tidak berehat lama dan memulakan kayuhan turun selepas berehat lebih kurang 5 minit.
Statistik :
Mula : ..................... 0815 pagi
Tamat : ................... 1110 pagi
Jarak : .................... tak berubah
Cuaca : .................. kabus, redup

Tiada ulasan:
Catat Ulasan