Halaman

Ahad, 31 Oktober 2010

Pesisir Sungai Muda

.
Tebing Sungai Muda
Aku hampir berpatah balik setelah berkayuh hampir 3km apabila hujan mulai turun tetapi aku menguatkan semangat untuk meneruskan kayuhan. Dahalan Md Noor pula menelipon mengatakan hujan turun agak lebat di kawasan rumahnya di kampong Seberang Tok Soh, Pinang Tunggal. Kami telah berjanji untuk rendezvous dihadapan kedai basikalnya di Taman Suraya Pinang Tunggal sebelum jam 8.00 pagi untuk membuat kayuhan mencari trek.
Sebenarnya aku tidak menyangka rancangan yang kami buat pada hari Selasa yang lepas (5 hari lepas) masih diteruskan kerana antara kami tiada sesiapa yang membuat confirmation.  Aku berada di Pulau Pangkor selama tiga hari dan baru pulang petang Sabtu kelmarin. Perbincangan kami pada hari Selasa tersebut adalah untuk menganjurkan 'fun ride' untuk cyclist sekitar bandar Sungai Petani. Sebelum kami meneruskan cadangan tersebut, kami perlu mencari route yang sesuai dan dapat memberikan suasana yang condicive kepada peserta. Kami ingin mengabungkan pelbagai jenis suasana dan bentuk jalan untuk menimbulkan rasa seronok dikalangan peserta. Keutamaan adalah mengikut jalan yang tidak banyak kenderaan untuk menentukan keselamatan pengayuh.
Bila aku sampai ketempat yang dijanjikan aku tidak menunggu tetapi sebaliknya terus menuju ke Pinang Tunggal. Sekiranya hujan masih turun aku akan batalkan rancangan untuk hari ini. Nasib baik kerana hujan berhenti dan aku nampak Dahalan berkayuh dari arah bertentangan. Kami sempat berbincang dan meneruskan rancangan. Sebelum meneruskan kayuhan kami berhenti untuk mengisi perut.
Sememangnya sudah beberapa tahun aku tidak melalui jalan yang kami ikuti. Dari Taman Suraya kami menuju ke Kampong Pematang Berangan. Banyak perubahan yang berlaku. Paling seronok aku melihat tanah tanah yang dahulunya dibiarkan kosong kini ditanam dengan pelbagai jenis tanaman untuk menjdaikan pendapatan sampingan penduduk. Agaknya mereka mendapat bimbingan dan bantuan dari Jabatan Pertanian.
Dari sana kami keluar di kawasan kilang SMI bersebelahan kawasan kilang SMI Taman Kempas dan menuju keselatan kearah Sekolah Al Islah Kampong Jawa. Kali ini kami tidak mengikuti jalan tar tetapi memasuki ladang kelapa sawit dan melintasi jalan K626 iaitu jalan dari Taman Rhu ke Pematang Kedondong. Kami meneruskan mengikuti jalan ladang kelapa sawit sehingga sampai ke tebing Sungai Muda. Terpaksa berpatah balik kerana jalan lama telah ditutup kerana projek tebatan banjir.
Kami mencari jalan lain dan mengikuti tebing Sungai Muda ke arah Pinang Tunggal. Disepanjang tebing sungai, aktiviti pengambilan pasir masih berjalan walaupun projek tebatan banjir sedang dilakukan. Aku beberapa kali hampir terjatuh kerana pasir yang tebal menghalang kayuhan basikal. Seperkara yang kami dapati ialah keheningan dan keindahan pemandangan dari tebing sungai amatlah mengasyikkan. Kelihatan beberapa nelayan sungai sedang melabuhkan jaring menangkap ikan. Tidak kurang juga orang orang yang memancing dari tebing sungai.
Beberapa kali kami terpaksa berpatah balik kerana ketiadaan laluan atau jalan telah ditutup kerana projek tebatan banjir. Jalan yang kami lalaui amatlah sesuai untuk kayuhan. Kami mengambil keputusan untuk membuat beberapa kali lagi kayuhan susulan disini sebelum tarikh fun ride tersebut.
Kami terpaksa memendekkan kayuhan kerana tayar basikal Dahalan mengalami kebocoran. Trek selebihnya akan dibuat dimasa lain. Trek tersebut adalah laluan pendakian dan penurunan bukit.
Oh... semasa menghadiri kursus di Pulau Pangkor mulai 28 Oct hingga 30 Oct 2010 aku sempat mengelilingi pulau tersebut menaiki teksi van. Jalan yang berbukit disekeliling pulau amat sesuai untuk membuat kayuhan basikal. Pemandu teksi memberitahu bahawa jarak jalan di pulau ini lebih 30km. Aku akan syorkan kepada rakan lain untuk membuat kayuhan disini.

Mari kita berkongsi bersama artikel dibawah :



.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan