Kelmarin aku melalui jalan ini menaiki Rocsta 4x4 untuk bertemu rakan rakan di Loji Pembersihan Air Pelubang, Jitra. Semasa perjalanan balik terlintas difikiran untuk membuat kayuhan mengikuti jalan ini. Jalan ini disediakan laluan motorsikal dan aku berpendapat adalah selamat untuk membuat kayuhan. Pelik kan ... sudah merata tempat antaranya termasuk Baling, Sik, Kulim, Tasikg Gelugor, Langkawi, Bukit Fraser dan lain lain tempat aku sudah membuat kayuhan, tetapi jalan utama Sungai Petani - Alor Setar tidak pernah lagi. Ini selalu berlaku pada kebanyakkan orang. Merata tempat termasuk luar negara telah dilawati tetapi tempat sendiri tidak pernah dikunjungi. Alasan yang sering diberi adalah tempat tersebut dekat, bila bila masa boleh dilawati.
Rancangan aku mudah sahaja. Aku akan berkayuh melalui jalan N1 Sunagi Petani - Alor Setar selama dua jam dan akan berpatah balik tanpa mengira dimana aku sampai. Sekiranya mampu aku akan hanya berhenti rehat apabila tamat tempoh dua jam tersebut.
Aku mengambil jalan bandar Sungai Petani, tidak melalui jalan Lencongan Barat seperti selalunya, kerana ianya 3km lebih jauh. Aku bernasib baik kerana dapat melepasi 10 lampu isyarat tanpa berhenti. Semasa melintasi lampu isyarat berhampiran tol Sungai Petani Utara, aku memintas sebuah backhoe ( JCB atau cari makan, istilah kontraktor disini). Aku meninggalkannya dengan agak jauh. Backhoe tersebut hanya memintas aku berhampiran Pekan Bedong. Kiranya aku berlumba dengan jentera tersebut la tu.....
Semasa melintasi kaki Gunung Jerai, aku melihat seorang pengayuh yang tidak aku kenali memandang kearah aku seolah olah ingin menarik perhatian aku. Waktu itu hampir jam 8.40 pagi. Dia seolah olah menunggu aku untuk bersama membuat kayuhan ke Gunung Jerai, tetapi aku terus berlalu sambil mengangkat tangan menunjuk arah hadapan. Bermaksud aku tidak membuat kayuhan ke gunung pagi ini.
Aku sampai di Pekan Kota Sarang Semut tepat jam 09.40 pagi bermakna tepat dua jam dari masa aku mulakan kayuhan. Hanya setakat ini sahaja kayuhan aku dan aku akan berpatah balik ke Sungai Petani selepas berehat. Aku hanya lebih kurang 15 km dari Bandar Alor Setar dan boleh sampai dalam tempoh 40 minit sahaja, tetapi aku mesti mengikut pelan kayuhan aku. Mungkin dimasa lain aku akan habiskan kayuhan di Bandar Alor Setar sebelum berpatah balik.
Sempat aku melihat lihat pasar minggu yang diadakan di jalan arah Sala. Banyak juga gerai yang menjual pelbagai jenis barangan. Aku teruja untuk membeli buah tembikai yang nampak amat menyelerakan tetapi manahan selera kerana ia terlalu besar dan susah untuk dibawa dengan basikal jika tidak habis dimakan.

Semasa rehat aku tidak berhenti digerai makanan seperti mana lazimnya aku buat. Sebaliknya aku mencari kedai runcit di Pekan Kota Sarang Semut dimana aku beli air mineral sejuk dan dua biji roti bun. Ini menjadi sarapan pagi untuk kayuhan ini. Aku rezabkan perut aku kerana aku berniat untuk membeli air nira nipah yang banyak dijual digerai tepi jalan berhampiran dengan kaki gunung jerai dalam perjalanan pulang.
Aku jangkakan harga satu paket air RM2.50 tetapi terkejut apabila makcik gerai menyatakan harga cuma RM2.00 sahaja, murah sedikit dari biasa. Apabila meneliti aku perasan kandungan banyak berkurangan dari kuantiti biasa. Pandai. Aku bersetuju dengan penjaga gerai apabila dia mengatakan air nira baju sahaja dihantar oleh pembekal dari Sedaka kerana rasanya yang fresh, tidak masam dan enak. Rasa hendak minum satu lagi tetapi bila difikirkan kandungan gulanya, aku kansel hasrat tersebut.
Digerai tersebut juga menjual produk sampingan nira nipah iaitu cuka nipah. Aku tidak pernah membeli cuka nipah tersebut sebelum ini. Aku sangkakan cuka nipah ini hanya digunakan untuk penyediaan makanan tetapi mengikut makcik digerai tersebut ia juga boleh digunakan sebagai ubat panas badan atau sakit perut dan lain lain. Ambil satu sudu besar dan dicampurkan denan air suam, kemudian diminum. Insyallah. Mengikut makcik itu lagi rasa cuka nipah lebih sedap dari cuka beras. Mungkin aku akan cuba sebotol dua kemudian hari nanti.
Perjalanan balik amatlah memenatkan dengan keadaan cuaca yang panas. Aku berhenti setiap 30 minit atau 45 minit untuk menghilangkan penat dan dahaga. Aku silap percaturan. Semasa perjalanan pergi hanya mengambil masa cuma dua jam untuk perjalanan 50 km, tetapi mengambil masa lebih 3 jam untuk perjalanan pulang. Aku hampir kehabisan tenaga dan terpaksa berhenti untuk makan nasi. Aku kena menilai semula perjalanan tersebut agar tidak terlalu penat.
Walaupun penat, aku amat berpuas hati kerana dapat mencapai matlamat.

Statistik :
Mula ....................... 7.40 pagi
Tamat ..................... 1.00 petang
Jarak ...................... 99.8 km
Cuaca ..................... Panas
Route ...................... Sungai Petani - Gurun - Guar Cempedak - Kota Sarang Semut - balik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan