Halaman

Jumaat, 8 Oktober 2010

Padang Serai, Kulim


Kayuhan pagi lebih kepada menemani kawan kawan yang baru mahu memulakan semula kayuhan setelah berehat dari mulanya ramadhan sehingga sekarang. Aku menaiki kereta kerumah Zaidi yang terletak di Pinang Tunggal. Selalunya aku akan berkayuh dari rumah yang jaraknya lebihkurang 10km, tetapi kerana aku bermula agak lambat aku terpaksa menaiki kereta kerana tidak mahu mereka menunggu lama.
Sebenarnya aku tidak berapa berminat untuk kayuhan pagi Jumaat ini kerana kena pulang awal untuk menyediakan diri untuk solat jumaat. Kerana hajat kawan, aku paksa diri untuk menemani mereka. Aku menggunakan basikal lama aku yang dipasang tayar bersaiz 1.5 x 26 kerana mungkin route yang akan diikuti adalah tepi bendang dan jalan off road. Zaidi tidak berapa setuju dengan tayar yang aku gunakan sampaikan ia menyuruh aku menukar menggunakan tayar mountain yang tidak lagi dia gunakan. 
Kami berkayuh kearah Padang Serai melintasi jambatan Sungai Muda di Pinang Tunggal. Kemudian kami menyusuri jalan 'Ekor Kucing'. Kami singgah dirumah kawan lama iaitu Mohd Nor Salleh yang kini bekerja di Loji Pembersihan Air Sungai Ular, Kulim. Kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Bermakna tidak lagi perlu singgah untuk minum digerai.
Kami berbincang untuk menganjurkan Fun Ride dikawasan Pinang Tunggal. Berhampiran terdapat beberapa bukit yang mempunyai trek dan laluan sesuai untuk funride tahap sederhana. Semua elemen dan prasarana kayuhan terdapat disini. Pendakian bukit setinggi 100 meter, menurun melalui jalan grapite dan ladang getah dan kelapa sawit, pendakian dijerat cina, jalan kekolam takungan air, jalan offroad melalaui perkampungan dan sebagainya. Funride tersebut bermula dan berakhir di Taman Seraya, Pinang Tunggal. Segala details atau p[eincian akan dibincangkan dalam masa terdekat.  Bilangan peserta akan dihadkan kepada 60 orang sahaja melalui jemputan.


Statistik :

   Mula ...................... 7.45 pagi
   Tamat..................... 10.00 pagi   
   Jarak ...................... 32 km
   Cuaca .................... Redup
   Route...................... Pinang Tunggal, Ekor Kucing, Padang Serai, Sidam Kiri
   Peserta .................. Aku, Zaidi dan Dahlan

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan