Halaman

Ahad, 3 Oktober 2010

XIX Commonwealth Games ..... Delhi

.
Hari ini Sukan Commonwealth yang ke sembilan belas membuka tirai di Delhi India. Perasmian dan pembukaan akan berlangsung sebentar sahaja lagi lebih kurang 9.00 malam waktu Malaysia dan disiarkan secara langsung melalui RTM TV2. Sukan ini akan berlangsung mulai 03 Okt hingga 14 Okt 2010.
Sejak satu dua minggu yang lalu banyak pihak mempersoalkan kemampuan India mengendalikan sukan yang dikira No.2 terbesar didunia selepas Sukan Olimpik. Ini kerana persiapan infrastruktur masih belum siap sepenuhnya. Beberapa masalah tidak dapat diselesaikan. Ada struktur yang runtuh, kawasan yang masih belum dibersihkan, landskap yang masih belum siap dan sebagainya. 
Banyak negara mempersoalkan aspek keselamatan, kesihatan dan kemudahan penginapan untuk para athlit sehingga ada yang bercadang untuk menarik diri dari menyertai sukan tersebut. Perkara yang merisaukan kontigen adalah penyakit denggi. Dilapurkan dalam berita malam ini, seorang rakyat Malaysia diserang penyakit tersebut.
Pula terdapat tunjuk perasaan (demostrasi) yang dilakukan oleh penduduk negara tersebut membantah penganjuran sukan tersebut di India. Menurut mereka, penduduk perlukan wang perbelanjaan sukan tersebut yang mencecah 3 billion USD untuk pembangunan di negera mereka.
Diucapkan semoga berjaya kepada semua atlit kita yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Lebih lagi athlit yang mengambil bahagian dalam sukan berbasikal. Mengikut pencapaian para athlit basikal Malaysia kebelakangan ini, adalah dirasakan mereka mampu membawa pulang beberapa pingat.


Walau apa semua mesti mencuba sedaya mungkin untuk mencapai hasrat tersebut.
Boleh dikatakan setiap hari hujan turun pada minggu ini. Pada pagi Sabtu dan Ahad aku agak kecewa kerana aku telah merancang untuk membuat kayuhan di Gunung Jerai. Tetapi terpaksa dibatalkan. Sebaliknya aku membuat kayuhan disebelah petang. Ianya amat berbeza dibandingkan dengan kayuhan pagi, kerana kayuhan petang melibat jarak yang agak pendek. Bagi aku kayuhan petang lebih kepada kayuhan jelajah dan meneroka di kawasan dan taman perumahan di kawasan Sungai Petani. Walaupun telah menetap lama disini, banyak lagi tempat yang masih belum pernah aku lawati.
Petang tadi aku menyambung kayuhan petang kelmarin sejauh 12km melawati tempat tempat yang jauh di kawasan belakang bandar. Sempat juga aku berkayuh menyusuri jalan keretapi berkembar. Banyak perubahan yang berlaku di Sungai Petani dengan perubahan jalan untuk memberi laluan permodenan kemudahan pengangkutan. Kayuhan petang ini juga hampir 15km tetapi pada kelajuan dibawah 15km/j.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan