Minggu yang baru lalu agak sibuk. Aku menghadiri kursus selama empat hari di Alor Setar dan terpaksa berulang-alik dari Sungai Petani kerana terdapat sedikti kesilapan maklumat. Walau terpaksa bermandu setiap pagi dan petang aku tidak terasa letihnya hhinggalah kursus tersebut tamat. Apabila seorang kawan mengajak membuat kayuhan pada hari Jumaat 16 Okt, aku terpaksa menolak kerana tidak mempunyai tenaga. Aku habiskan satu hari suntuk untuk berehat dan memulihkan tenaga aku kembali.
Banyak tapi satu 'Sungai' - komen? |
Walau cuaca amat baik untuk kayuhan kerana hujan disebelah malam tadi, tiada lagi cyclist berada di jalan raya. Aku mengayuh mengikut Lencongan Timur sambil menikmati suasana pagi minggu yang tidak berapa sibuk dengan kenderaan. Aku merasakan masih mampu membuat kayuhan dengan kelajuan biasa, bila sampai kesetiap landmark aku akan memeriksa tempoh masa dan membandingkan dengan masa yang selalu aku buat.
Aneh apabila aku sampai ke traffic light komplek Mahkamah Sungai Petani, sekali lagi aku ternampak cyclist menunggang roadbikes yang aku nampak di lampu isyarat Sungai Pasir setengah jam yang lalu. Aku melihat jarak kayuhan pada odometer basikal aku dan mendapati jaraknya ialah 15km. Ini bermakna cyclist tersebut juga mengayuh pada jarak yang sama cuma bertentangan arah kerana satu jarak keseluruhan lencongan timur dan lencongan barat ialah 30km. Kesimpulannya ialah kelajuan mountain bikes aku dan kelajuan roadbikes tersebut adalah sama.... Sekali dia berlalu tanpa mengangkat tangan.
Pada mulanya aku ingin mengikuti lencongan barat untuk pulang kerumah, tetapi bila difikirkan aku baru berkayuh hanya 1 jam dan tiada apa program yang perlu dibuat hari ini. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan kayuhan ke Pekan Bidong, kemudian ke Pekan Semeling sebelum pulang ke Sungai Petani.
Statistik :
Mula .................... 7.55 pagi
Tarikh .................. 10.00 pagi
Jarak .................... 48.75 km
Cuaca .................. Redup
Route ................... Lencongan Timur, Sungai Lalang, Bidong, Semeling
Statistik :
Mula .................... 7.55 pagi
Tarikh .................. 10.00 pagi
Jarak .................... 48.75 km
Cuaca .................. Redup
Route ................... Lencongan Timur, Sungai Lalang, Bidong, Semeling
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan