Halaman

Khamis, 20 Mei 2010

Kayuhan Santai

Tiga hari kebelakangan ini tidak peluang hendak kayuh. Patutlah tidak sedap je rasa badan. Tidak kesempatan lah, ada hal lah,  hujan lah dan macam macam hal yang menghalang kayuhan.
Pagi ini nak pergi jugak. Walau pun cuaca mendong pagi ini tetapi aku tekad juga hendak buat kayuhan. Tetapi aku tidak mahu pergi jauh dan tidak mahun balik lambat sangat kerana cuaca terlalu panas sekarang ini.  Sepanjang kayuhan aku berselisih dengan seorang rider solo dan lima orang mengayuh road-bikers beserta sebuah motor pengiring. Tidak banyak yang dapat dicatatkan sepanjang kayuhan ini, sebaliknya aku selitkan sedikit pengalaman waktu silam.

Gambar di sebelah:-
Gambar aku sedang mengayuh basikal di 'promenade' (laluan bejalan kaki) di tepi pantai Hastings, England. Gambar ini diambil pada musim panas semasa aku menuntut di Hasting College of Further Education, Hastings pada tahun 1975. Ketika itu umur aku baru 19 tahun. 
Hastings ada sebuah bandar  pelancongan tepi laut terletak lebih kurang 70 km di selatan London. Bandar ini mempunyai sejarah tersendiri dan salah satu ialah 'Battle of Hastings' yang berlaku pada tahun 1066. Pada peperangan ini England dikalahkan dan ditakluk oleh tentera Normandy. Tempat dimana peperangan berlaku dinamakan 'Battle'  terletak lebih kurang 5km dari Bandar Hastings. Beberapa kesan sejarah masih ada diperlihara dengan baik. Bukit dibelakang dalam gambar aku adalah medan peperangan tersebut.
Inilah satu-satunya gambar aku berbasikal yang ada dalam koleksi. Basikal 'chopper' yang aku gunakan amat popular pada masa itu. Basikal ini hanya digunakan pada hujung minggu untuk pergi ke kedai atau supermarket dan bersiar siar siar ditepi pantai atau taman. Basikal ini tidak digunakan untuk pergi kuliah. Basikal ini dikongsi dengan rakan rakan lain. Siapa pun boleh menggunakan pada bila -bila masa perlu.
Aku tidak ingat apa terjadi pada basikal tersebut bila aku berpindah ketempat lain. Mungkin aku pass-down pada student lain atau aku tinggalkan sahaja dirumah sewa. Bezanya berbasikal di negara yang beriklim sejuk ialah kita tidak berpeluh walaupun berkayuh berjam jam lamanya. Juga tidak terasa letih sangat. Mungkin faktor usia dan kelajuan kayuhan memainkan peranan.
Pada masa itu aku tidak pernah melihat mountain bikes atau orang menunggangnya atau melihatnya dijual dikedai kedai basikal. Rasa aku pada masa itu moutain bike kalau pun sudah ada masih belum popular. Yang banyak kelihatan ialah racing bikes atau roadbikes yang di tunggang oleh orang orang muda Mat Salleh. Aku check internet, maountain bike hanya mula dikilang dan digunakan pada tahun 1980 'an.
Disesetengah pekan kecil dan kampung di England, polis meronda menggunakan basikal, tidak kira hujan atau panas, ada salji ke, sejuk ke, mereka mengayuh basikal keliling kampung. Trade mark anggota polis ialah ""   hello, hello, hello, what do we have here?".
Lebih menakjubkan pada waktu itu, ahli parlimen termasuk menteri menggunakan basikal untuk ke House of Parlimen. Aku tidak pernah melihatnya secara life tetapi sering dipaparkan di dalam TV dan juga akhbar. Sekarang ni tidak tahu le pula kalau sesetengah ahli parlimen tu masih gunakan basikal atau tidak.


Hari ini Berita Harian Edisi Utara menyiarkan berita bahawa kerajaan Negeri Kedah akan membangunkan Gunung Jerai untuk menjadikan pusat pelancongan utama disebelah utara. Adakah ini bermakna jalan gunung akan menjadi sibuk, kalau begitu agaknya susah sedikit le mengayuh. Walau apa pun langkah sedemikian adalah amat dialu-alukan.



Statistik
   Mula : .................. 0830 pagi
   Tamat : ................ 1000 pagi
   Jarak : ................. 34 km
   Cuaca : ............... mendong, hujun rintik di Taman Mutiara
   Route : ............... Lencongan Timur - Aman Jaya - Lencongan Barat

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan