Halaman

Isnin, 10 Mei 2010

Rekreasi Tupah


Mungkin inilah cara aku minta maaf kepada Juan kerana tidak mengajaknya  bersama semasa kayuhan pada hari Sabtu 08 Mei 2010. Aku meneliponnya untuk kayuhan pagi ini. Walaupun baru bangun tidur (aku tahu dari nada suaranya) dia bersetuju dan meminta aku datang kerumahnya sementara dia bersiap. Dia membawa aku jalan belakang yang tidak pernah aku lalui untuk ke Lencongan Barat.
Sampai saja di Taman Bujang, Merbok dia mengajak aku minum pagi. Aku tahu dia masih belum sarapan pagi. Oh ya.. Juan tinggal seorang diri kerana isterinya meninggal lima belas tahun lalu. Gerai yang kami singgah tidak menjual roti canai pagi ini tetapi ada jual nasi berlauk dan nasi lemak. Kami memesan makanan dan minuman yang sama iaitu Milo O dan nasi lemak. Harga dua set hanya RM2.60. Mana nak dapat.
Pada persimpangan penghujung Lencongan Semeling, kami melihat seorang mengayuh bersendirian dan mengajaknya untuk bersama kami mengayuh ke Tupah. Dia menolak dengan alasan telah kesana. Melihat arah jalan tidak mungkin dia dari Perkelahan Tupah. Bukan hendak mengata, tetapi dari cara kayuhan dan   keadaan  basikal, dia baru berkecimpung dalam aktiviti berbasikal.
Sepanjang kayuhan ke Tupah, kami mendapati kawasan dijaga dari segi kebersihan. Sampah sarap disepanjang kawasan perkelahan peninggalan pengunjung dikutip dan dikemaskan oleh petugas Jabatan Perhutanan.   Malangnya lori sampah MPSPK tidak datang mengutip sampah mengikut jadual terutama setelah tugas menguruskan sampah diambil oleh e-Idaman Sdn Bhd. Walau begitu ia tidak menjejaskan kebersihan kawasan ini. Syabas Jabatan Perhutanan.
Aku bertanya pada Juan, bilakah rakyat kita akan belajar tentang kebersihan. Kenapa sampah sarap dibuang dimerata tempat kecuali kedalam tong sampah. Kenapa ibu-ibu membuang lampin bayi kedalam sungai yang akhirnya akan mandi dan bermain dalam sungai tersebut. Kenapa tidak tunjukkan teladan yang baik dan betul kepada anak anak. Tempat perkelahan seperti ini semakin berkurangan dan semakin ramai orang menggunakan. Diharap rakyat kita dapat mengubah sikap dan perangai yang tidak positif ini untuk kesejahteraan dan kebahgiaan semua.


Grafiti pada batu diatas menarik perhatian. Batu ini dijumpai kira 200 meter sebelum sampai ke pintu masuk Loji Pembersihan Air Tupah. 'Balik, jika ragu ragu'. Fikirkan dan buatlah tafsiran sendiri tentang apa yang tersurat ini.
Kawasan rekreasi Tupah ini menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu. Persekitaran yang menarik dan menyamankan menjadikan ia sesuai dijadikan tempat santai untuk seisi keluarga dan juga untuk muda mudi. Menurut pekerja loji yang menjaga/bekerja di loji air Tupah, kehadiran muda mudi lebih ramai pada waktu malam. Mereka juga melakukan perbuatan sumbang. Ramai yang mengambil kesempatan dengan mengintai perbuatan dan aktiviti pasangan remaja tersebut.  Ada pula yang merakamkan aktiviti sumbang dan membuat VCD. Rakaman tersebut dijual kepada awam. Aku diberitahu lebih dari lima VCD dibuat dikawasan ini. Itu pun beberapa tahun yang lalu.
Semasa berehat ditapak perkelahan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan, beberapa biji motorsikal yang dipandu oleh remaja mundar mandir dikawasan ini walaupun waktu baru  0830 pagi. Tidak salah kalau dikatakan mereka adalah pada tahap umur persekolahan. Mungkin meraka ini pelajar pelajar yang ponteng sekolah. Semuanya anak Melayu. Aku berasa amat malu kepada Juan, tetapi inilah hakikat dan kenyataan masa kini. Menurut pekerja Jabatan Perhutanan, ini berlaku hampir setiap pagi. Pekerja tersebut tidak berani menegur perbuatan anak anak muda ini.
Semasa perbualan ini aku perasan melihat beberapa kereta yang parking di tebing sungai seawal pagi. Apa yang dibuat disitu, nak mandi air sungai hanya paras kaki saja. Berkelah. Awal sangat.Huh entah lah.
Aku mengesyorkan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan tersebut agar pihak atasan melakukan sesuatu untuk mengurangkan gelaja buruk seperti yang diterangkan diatas. Walaupun aku tahu beliau hanya pekerja bawahan, semoga syor aku disampaikan kepada pegawai atasan. Syor aku senang saja. Buatkan penghadang seperti yang kita lihat dilintasan keretapi. Penghadang diturunkan dan dikunci pada waktu malam dan dibuka semula disebelah pagi. Cara yang serupa juga digunakan pada jalan naik ke Gunung Jerai. Tetapi ia memelukan seorang pekerja atau pengawal.



Statsitik

Mula : ................... 7.45 pagi
Tamat : .................. 10.00 pagi
Jarak : ................... 38.60 km
Cuaca : .................. Cerah, tidak berapa panas
Route : .................. Lencongan Barat, Lencongan Semeling, Tupah

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan