.
Walaupun cuaca pagi ini nampak Ok tetapi aku rasa macam merajuk untuk membuat kayuhan, takut takut hujan turun. Sejak hari Sabtu tiga hari lepas hujan turun setiap pagi. Hari ini hujan turun dengan lebat pada jam 4.00 pagi.
Bukit Taman Semarak - dari Sungai Merbok |
Pada permulaan pendakian jalan amat lecak, dipenuhi air hujan yang masih belum kering. Ada orang yang meletakkan karpet lama dan papan kadboard yang tidak lagi digunakan menutup jalan yang dipenuhi lumpur dan air. Murni sungguh usaha dan perbuatan mereka. Seterusnya jalan tanah merah menuju ke puncak bukit amat lembab dan licin. Terpaksa berhati hati, jangan tergelincir dan jatuh.
Aku berpakaian casual sungguh semasa membuat pendakian. Aku gunakan kemeja yang dipakai hari sebelumnya kerana aku hanya memakai tidak lebih pada setengah jam. Masih bersih dan tidak berbau. Selalunya aku memakai T-shirt tanpa atau berkola. Pada pertengahan jalan aku mendengar suara yang aku kenali iaitu Cikgu Ong Ai Wei yang tinggal tidak berapa jauh dari rumah aku. Dia telah lama pencen dan kini berusia 64 tahun. Isteri telah meninggal hampir sepuloh tahun lalu kerana dan kanser (kalau aku tidak silap) dan membujang hingga kini.
Cikgu Ong Ai Wei |
Kami sempat berbual selama 10 minit sebelum meneruskan pendakian dan dia pula menuruni bukit. Antara topik pasal musim hujan sekarang, jalan yang licin dan menggunakan pakaian dan kasut yang sesuai. Menurutnya beberapa hari yang lepas dia dan beberapa orang ahli HHH (Hatch Harrier House) mencari trek yang sesuai di atas bukit. Keadaan bukit yang basah menyebabkan ahli HHH tersebut tergelincir dan terjatuh. Tetapi Cikgu Ong tidak langsung menghadapi sebarang kesulitan meredah bukit dan hutan. Apa yang penting ialah kasut yang digunakan bersesuaian dengan keadaan. Cikgu Ong hanya menggunakan kasut buatan Cina yang berharga RM14.00 manakalan ahli HHH tersebut menggunakan kasut berjenama yang menjangkau harga melebihi seratus ringgit. Tapak kasut buatan Cina lebih lembut dan fleksibel manakalan kasut yang dipakai oleh ahli HHH tebal dan keras. Tidak sesuai untuk mendaki bukit.
Sebenarnya aku telah membaca blog Cikgu Ong mengenai kasut yang dipakai beberapa hari yang lepas. Dia begitu teliti dalam penulisan dan aku banyak belajar tentang berbagai hal dengan membaca blog tulisannya. Bagi mereka yang berminat bolehlah melayari blog Cikgu Ong pada 'http://ourpreciouschildrenandus.blogspot.com/'. Baju dan seluar tidak penting tetapi kasut hendaklah yang bersesuaian dengan keadaan. Kasut yang aku gunakan lebih kurang sama dengan yang dipakai oleh Cikgu Ong.
Sebenarnya aku telah membaca blog Cikgu Ong mengenai kasut yang dipakai beberapa hari yang lepas. Dia begitu teliti dalam penulisan dan aku banyak belajar tentang berbagai hal dengan membaca blog tulisannya. Bagi mereka yang berminat bolehlah melayari blog Cikgu Ong pada 'http://ourpreciouschildrenandus.blogspot.com/'. Baju dan seluar tidak penting tetapi kasut hendaklah yang bersesuaian dengan keadaan. Kasut yang aku gunakan lebih kurang sama dengan yang dipakai oleh Cikgu Ong.
Sebelum kami meneruskan haluan masing masing aku sempat mempelawa Cikgu Ong untuk bersama membuat kayuhan kayak dari Pantai Merdeka ke Jambatan Semeling esok 15 Disember 2010. Kayahan tersebut untuk membawa kayak ke Jeti Semeling untuk program 'Merbok Kayak Challenge' anjuran Pelancongan Kedah dan UUM pada hari Sabtu 18 Disember 2010. Aku akan menyertai kayuhan kayak ini kerana sudah lama aku idamkan untuk meneroka laluan ini dengan kayak tetapi tidak berani berseorangan. Ini adalah peluang terbaik aku untuk mencapai hasrat aku selama ini. Mungkin selepas ini aku akan berani membuat kayuhan bersendirian.
Aku amat teruja dan rasa tidak sabar untuk aktiviti ini.
Aku amat teruja dan rasa tidak sabar untuk aktiviti ini.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan