.
Sabtu 18 Disember 2010 |
Idea untuk menganjurkan aktiviti ini adalah dari kejayaan jamboree basikal lasak (mountain bikes) yang diadakan dengan agak kerap. Sebagai percubaan, Persatuan Kenu Negeri Kedah bersama dengan Kementerian Pelancongan Negeri Kedah dan Universiti Utara Malaysia menganjurkan kayuhan kayak Sungai Merbok sebagai langkah mnempromosi pelancongan eco-tourism Sungai Merbok dan kawasan perkelahan Pantai Merdeka. Juga untuk memperkenalkan semula aktiviti ini kepada masyarakat selain sebagai riyadah yang amat berfaedah.
Peserta bukan hanya datang dari Kedah tetapi dari Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah UUM, Kelab Kayak Kedah, Kelab Kayak Jitra, SPCT, PKK Pulau Pinang, MPPJ, Felda Teloi, Bukit Hijau, Pinang Tunggal dan individual. Peserta lelaki dan perempuan terdiri dari semua peringkat umur, peserta paling muda berumur 11 tahun (darjah 5) manakala yang paling tua berumur 64 tahun tetapi kebanyakkan berusia 20 hingga 40 tahun.
Kayak yang digunakan kesemuanya jenis plastic samada single (10%) atau double seater (90%) dan terdapat berbagai jenis kayak yang aku sendiri tidak mengingatinya. Hairan juga kerana tidak terdapat satu pun kayak fibre.
Walaupun peserta dilepaskan satu jam lewat dari masa yang dirancang tetapi ia tidak mematah semangat peserta. Semua peserta amat teruja dan tidak sabar untuk memulakan cabaran. Semasa taklimat yang diadakan di Pantai Merdeka Beach Resort pada malam sebelumnya, peserta diberitahu program ini bukanlah untuk berlumba tetapi kayuhan santai sambil menikmati pemandangan disepanjang Sungai Merbok. Walau begitu kepada 40 orang peserta yang sampai dahulu akan diberikan hadiah sebagai insentif. Kepada yang lain yang berjaya menghabiskan kayuhan akan diberikan medal dan sijil penyertaan.
Diucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan aktiviti ini. Walaupun terdapat beberapa kekurangan kecil seperti kelewatan bermula, ianya hanyalah sebagai satu titik untuk ditambahbaik ditambah dimasa akan datang. Oleh kerana kejayaan program ini penganjur berjanji akan mengadakan atau menjadi ianya sebagai acara tahunan. Semoga lebih ramai berpeluang menyertainya. Juga diucapkan tahniah dan terima kasih kepada urusetia dari UUM, agensi kerajaan seperti PDRM, PGA, Bomba, MPSPK, Merdeka Beach Resort dan lain lain yang memberikan kerjasama dan sokongan menjayakan aktiviti ini.
Statistik :
Mula .............. 10.00 pagi
Tamat ............. 12.30 tengah hari
Jarak .............. 18 km
Cuaca ............. Redup
Laluan ............ Jeti Semeling, Sungai Merbok - Pantai Merdeka

Tiada ulasan:
Catat Ulasan