Halaman

Khamis, 23 September 2010

Menyusuri Tebing Sungai Merbok


Cuaca yang cerah dan segar selepas hujan lebat petang kelmarin mengamit aku untuk membuat kayuhan pada pagi ini. Aku sengaja keluar lewat untuk mengelakkan kenderaan yang banyak dijalan dan menunggu agar air hujan yang membasihi jalan kering sedikit. Hari ini hari terakhir peperiksaan UPSR untuk murid murid tahun 6 yang bermula pada hari Isnin 20hb September 2010. Ada ura-ura dan cadangan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR untuk menengah 3 tetapi tidak pasti samada ia diteruskan atau tidak. Jika diteruskan bilakah ia akan berkuat kuasa. 
Walau aku megharapkan jalan kering tetapi aku membuat kesilapan kerana melalui jalan Sungai Pasir ke Batu Lintang. Ditepian jalan sepanjang tiga kilometer dipenuhi dengan takungan air yang kadangkala memenuhi hampir setengah jalan. Susah untuk mengelakkan dari merempuh air terutama jika ada kenderaan dihadapan atau pun dibelakang. Basah baju dan seluar terkena percikan air dari tayar basikal. Agak bernasib baik kerana kebanyakkan kereta memperlahankan kenderaan agar air tidak terpercik kepada aku.
Dari simpang tiga Batu Lintang aku membelok kekanan untuk terus ke jeti atau pengkalan batu Lintang. Di jeti hanya kelihatan beberapa orang nelayan sedang mengasing dan membersihkan udang hasil tangkapan sebelum dinaikkan kedarat untuk dijual. Pagi ini air sungai surut keparas terendah seperti apa yang nelayan kata 'air mati'. Itulah sebabnya tidak banyak aktiviti di pengkalan semasa aku sampai. 
Aku berpatah balik dan membelok untuk menyusuri tebing Sungai Merbok.

Semasa berehat menghilangkan penat, aku terbaca artikel akhbar harian tentang penggunaan basikal di uniersiti tempatan. Ini adalah satu langkah bijak dan semestinya diberi perhatian oleh pihak yang berwajib. Seharusnya pelajar didedahkan dengan cara penjimatan begini. Selain dari menyihatkan,  ia akan menyegarkan fizikal dan minda pelajar tersebut.

 



Statistik :-

   Mula .................... 07.30 pagi
   Tamat .................. 10.30 pagi
   Jarak .................... 41 km
   Cuaca .................. cerah
   Jalan .................... Sungai Pasir - Batu Lintang - Tebing Sungai Merbuk - Kota Kuala Muda
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan