Halaman

Ahad, 19 September 2010

top gear ..... Tupah

.
Tajuk ini aku cedok dari rancangan TV mengenai automobil terbitan BBC yang dihoskan oleh Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May dan disiarkan di NTV7. Tajuk blog ini tiada kena mengena dengan kereta lansung. Dari mula kayuhan hingga sampai semula kerumah aku menggunakan 'top gear' basikal iaitu paling besar di depan dan paling kecil dibelakang. Walaupun aku membuat kayuhan ke Taman Rekreasi Tupah melalui pekan Semeling dimana terpaksa melalui jalan yang berbukit hingga keakhir jalan di Tupah, aku tidak menukar gear lansung. Kadang kala aku terpaksa membuat kayuhan berdiri apabila membuat pendakian pada bukit yang agak tinggi. Nawaitu aku adalah untuk menghabiskan kayuhan tanpa menukar gear dan tanpa berhenti.
Ini bukan pertama kali. Aku pernah melakukan kayuhan tanpa menukar gear dua tiga kali sebelum ini. Ini adalah ujian ketahanan fizikal selepas berpuasa pada bulan bulan ramadhan 1431. Bukan hendak berbangga atau berbesar hati tetapi setiba diakhir jalan aku terus berpatah  balik tanpa berehat. Aku menuju ke Pekan Merbuk untuk singgah di gerai kegemaran untuk sarapan dengan milo 'O', segelas air suam dan roti canai 'banjir'. Harga RM1.50 sahaja. OK..... lain kali aku breakfast disana, aku snap gambar roti canai dan milo 'O' tersebut dan attach pada blog ini.
Hari ini aku tidak berapa sihat. Kelmarin aku kena selsema kerana terkena hujan pada petang Jumaat semasa memasang khemah untuk jamuan terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri. Jamuan 'rumah terbuka' adalah anjuran KRT (Kawasan Rukun Tetangga) Taman Intan, Sungai Petani yang diadakan pada Sabtu 18hb Sept 2010 mulai jam 09.00 pagi. Aku memegang jawatan pengerusi KRT sejak lima tahun yang lalu, sebagai salah satu tanggungjawab sukerala dan khidmat kepada masyarakat. Selain dari itu aku juga AJK Persatuan Penghuni Taman Intan, Setiausaha kerja Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang, AJK Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pengurus Koperasi Peladang. Semua tugas tersebut dan akiviti kayuhan basikal cukup untuk memenuhi masa aku selepas aku tidak lagi bekerja.
Aku sengaja tidak mahu mengambil ubat selsema, sebaliknya mahu mencuba samada dengan melakukan aktiviti senaman akan memulihkan penyakit tersebut. Isteri aku pula memberikan galakan, sokongan dan dorongan. Aku tidak mandi sebelum memulakan kayuhan kerana takut selsema akan bertambah teruk.
Dalam perjalanan balik baru aku perasan bahawa tidak ada cyclist berada dijalan pagi ini. Adakah mereka masih beraya atau mereka melalui jalan lain. Semasa memasuki lencongan barat sebelum sampai kerumah baru aku ternampak dua orang cyclist.
OH ... catatan ini adalah untuk dijadikan peringatkan kepada diri aku dan juga kepada cyclist yang lain. Semasa kayuhan aku sering menilai dan berfikir kayuhan yang sedang dan telah dibuat. Sejak kebelakangan ini sudah menjadi tabiat aku tidak mahu berhenti apabila sampai di lampu isyarat. Lebih teruk lagi apabila lampu telah bertukar merah. Aku akan mencari jalan untuk meneruskan kayuhan dengan mengikuti jalan sebelah kiri dan kemudian memasuki semula jalan yang hendak diikuti. Lebih dari itu jika tiada yang datang dari arah bertentangan atau kereta masih jauh lagi, aku akan teruskan kayuhan. Ini amatlah merbahaya dan aku akan berusaha untuk mematuhi arahan lampu isyarat. Aku perhatikan cyclist lain patuh kepada lalulintas.

Statistik :
   Mula ...................... 7.30 pagi
   Tamat .................... 10.00 pagi
   Jarak ...................... 43 km
   Cuaca .................... cerah, panas menjelang tengahari
   Route ..................... Semeling - Tupah - Merbuk

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan