Halaman

Khamis, 21 Februari 2013

Kulim .. penamat Stage 1

Sebentar tadi, selepas Solat Maghrib di masjid Taman Intan, sempat berbual dengan Ibrahim yang juga seorang pengayuh tegar. Dia hanya mengayuh rb tetapi tidak ketinggalan dan tidak keberatan untuk menjadi penonton jika ada jamboree atau fun ride yang menggunakan mountain bikes. Ibrahim juga adalah bekas anggota TLDM tetapi aku tidak mengenalinya semasa bertugas dahulu. Dia kini menetap di taman bersebelahan dengan taman aku.
Aku bertanya kenapa tidak nampak dia di Kulim tengah hari tadi untuk menyaksikan penamat stage 1 pelumbaan basikal tahunan tempatan yang bertaraf antarabangsa. Dia ada disana tetapi tiba agak lambat kerana tidak dapat memasuki pekan Kulim. Apa tidaknya semua laluan masuk ditutup untuk memberi laluan kepada pelumba LTdL.
Aku sedikit terkejut bila dia menceritakan kenapa dia lambat sampai. Awal pagi dia dengan dua rakan lain bertolak ke Kangar untuk menyaksikan permulaan perlumbaan LTdL stage 1. Kemudian dia bertolak ke Kulim mengekori perlumbaan dan sampai apabila perlumbaan tamat. 

Aku sampai dua jam awal sebelum pelumba menamatkan stage 1. Sempat ronda ronda di beberapa booth yang didirikan. Sebelum datang aku tidak pasti dimanakah penamat. Aku mengikut berpandukan anggota polis yang ditempatkan disetiap simpang untuk mengawal laluan apabila pasukan pelumba sampai nanti. Juga berdasarkan rasa hati. Setahu aku pekan Kulim ada padang disebelah kanan dibelakang pekan jika datang dari arah Kelang Lama. Besar kemungkinan lokasi penamat disana. Sebenar tidak susah untuk mencari. Tengok sahaja dimana ramai anggota polis dan pasukan bantuan lain termasuk Rela dan PGA.
Terus terang memang susah untuk melihat aksi penamat. Segalanya berlaku begitu pantas dan berlalu dalam sekelip nata. Apa yang seronok dan teruja ialah aku hadir bersama 'crowd' yang memberikan sokongan dengan teriakan dan laungan yang membingitkan telinga. Sesuatu yang baru bagi aku, ada kumpulan anak anak muda dan kanak sekolah yang mengetok penghadang jalan yang diperbuat dari kepingan besi untuk mengeluarkan bunyi bising.
Aku tidak menunggu untuk pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah. Aku bergerak pulang awal untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan