Halaman

Jumaat, 1 Februari 2013

Rombongan ke Betong, Thailand ...(hari 1 bah. 2)

....... sambungan dari bahagian 1 dibawah ..

Modern Thai Hotel

Taklimat telah diberikan kepada peserta rombongan sebelum hari lawatan dan juga didalam bas sebentar tadi bahawa mereka boleh memilih mana mana hotel yang mereka ingin menginap. Aku telah membuat carian dalam internet hotel yang terdapat di pekan ini dan menyenaraikan tidak kurang dari 10 hotel yang boleh dipilih bersama harga, alamat dan nombor telefon. Aku mencetak beberapa helai senarai tersebut dan mengagihkan kepada peserta. Kebanyakan hotel adalah didalam kawasan bandar dan tidak berapa jauh dari pusat membeli belah.
Peserta boleh memilih hotel yang mereka suka, samada yang mahal hingga RM300.00 semalam atau yang paling murah RM20.00 semalam. Mereka juga boleh tinggal seorang atau lebih dari dua orang dalam satu bilik untuk berjimat. Apa lagi mereka hanya memerlukan tempat tidor bukan untuk bercuti. Mungkin mereka perlu meminta tilam atau bantal lebih.
Sebaik memasuki pekan Betong aku mengarahkan pemandu bas supaya berhenti dihadapan sebuah hotel yang terletak beberapa meter dari bulatan ditengah pekan yang menempatkan menara jam. Aku turun untuk bertanyakan kadar sewa bilik dan diberitahu bilik yang ada berharga RM89.00. Aku minta diskaun kerana memerlukan sebanyak 20 bilik.
Permohon dan perbincangan pertama berjaya menurunkan kadar harga kepada RM80.00 dan kemudian kepada RM70.00. Ada beberapa suara menyesorkan mencari hotel lain. Tetapi aku agak suka kerana hotel  ini terletak ditengah bandar dengan banyak kemudahan termasuk gerai makanan dihadapan dan bahagian tepi hotel.
Satu kumpulan ‘superbikers’ dari Singapura tiba dan mereka juga menginap dihotel ini. Mereka telah membuat tempahan kerana mereka terus mendapatkan kunci bilik. Ini merisaukan aku takut semua bilik penuh atau tidak mencukupi untuk menempatkan semua ahli rombongan.
Ketika berada dalam bas berbincang dengan ahli rombongan samada mereka bersetuju untuk membayar RM70.00 aku diberitahu bahawa pihak hotel memberikan tawaran harga terakhir iaitu RM65.00 satu bilik. Aku diberitahu pihak hotel menghubungi ‘bos’ atau tuanpunya hotel yang bersetuju dengan kadar tersebut.
Kesemua ahli rombongan sangat berpuas hati dengan dengan keadaan bilik. Rombongan kami mengambil kesemua 20 bilik di tingkat 3. Hotel tidak mengenakan deposit tambahan seperti lazimnya dan juga tidak memerlukan pelanggan meninggalkan passport atau border pass. Cuma perlu membayar harga bilik sebelum masuk.
Hotel ini baru dinaiktaraf dan adalah hotel budget yang paling selesa dan lengkap di pekan Betong. Selain menyediakan air botol minuman didalam bilik, makanan ringan juga percuma. Peti sejuk kecil juga disediakan dan TV LED bersaiz 42” dengan siaran sattelite. Rasanya kalau keadaan dan kelengkapan bilik seperti ini di Malaysia, kadar tidak kurang dari RM120.00.
Satu yang menarik ialah dinding bilik air adalah cermin, bermakna siapa yang sedang mandi atau melepas dapat dilihat dari bilik tidur jika tirai tidak ditarik. Apa tujuan bilik air direka begini?
Tiada siapa yang mencari hotel lain.

Sembahyang Jumaat

Setelah meletakkan beg didalam bilik hotel, kaum lelaki yang beragama Islam bersiap untuk menunaikan Solat Jumaat kerana sudah sampai waktu. Aku mengambil wuduk didalam bilik hotel kerana tidak mahu berebut Masjid besar Pekan Betong terletak di jalan utama masuk ke pekan dari sempadan. Ia hanya 300 meter dari hotel dimana ahli rombongan menginap. Kaum perempuan dan kaum India dan cina menggunakan masa tersebut untuk berjalan jalan dikawasan pekan.
Masjid ini tidak lah besar, anggaran aku dapat memuatkan 500 jemaah di ruang utama. Mungkin lebih sedikit jika diambil kira bangunan tambahan dibahagian belakang.
Khutbah disampaikan dalam bahasa Malaysia. Tidak ada ‘slang’ Patani atau slang kelantan ketika imam membacakan khutbah. Bahasa yang digunakan adalah bahasa standard Melayu yang boleh difahami. Khutbah pendak sahaja tidak melebihi 20 minit dan khutbah kedua tidak sampai 5 minit. Bagai tradisi Islam Patani tok imam membaca sebahagian ayat Quran pada kedua dua rakaat.
Selepas memberi salam, aku terpandang bekas plastic seperti cebuk bilik air. Terus aku tahu bekas tersebut adalah untuk kutipan wang derma masjid. Kenapa bekas bekas tersebut tidak di edarkan kepada jemaah sebelum sembahyang atau lebih baik sebelum pembacaan khutbah. Ini lazim dilakukan dimasjid kariah aku.
Bekas tersebut diedarkan sebelum bacaan doa lepas sembahyang. Rasa bangga juga kerana bila bekas tersebut sampai kepada aku, ia diisi dengan matawang Malaysia. Kesimpulan aku ialah kebanyakkan jemaah Jumaat adalah warga negara kita. Bukan niat aku tetapi terlihat jemaah sebelah meletakkan wang sekupang.
Aku pulang ke bilik hotel untuk menjemput isteri makan tengah hari. Lambat sedikit lah lunch. Nasib baik sarapan nasi lemak agak lewat, boleh bertahan perut. Aku menjemput Ustaz Tajuddin untuk bersama kami pergi lunch. Aku sudah lama berjanji dengan Ustaz Tajuddin untuk membawanya makan sup kaki lembu jika kami ke Betong. Ini adalah masa yang sesuai untuk menunaikan janji.
Agaknya nasib kami tidak begitu baik kerana bila tiba di restoren kami diberitahu semua sup kecuali sup daging telah habis. Pelanggan ramai terutaman pada hari Jumaat mengikut kata tuan punya restoren. Terpaksa kami memilih menu lain yang ternyata tidak kurang sedapnya. Aku dan isteri memesan nasi goreng campur manakala ustaz dan isteri memesan sup daging. Menurut Ustaz, dia akan cuba datang esok.

Tut tut

Setelah makan aku balik ke Hotel untuk berehat dan keluar bersiar siar pada jam 6 petang. Kami berjanji untuk ke night market yang terletak di kawasan selepas torowong. Tidak banyak vereiti barangan yang dijual, aku membeli seluar untuk kayuhan basikal.
Untuk makan malam kami ke kawasan berhampiran dengan pasar besar dimana terdapat banyak restoren Muslim.
Waktu masih awal apabila kami sampai semula ke hotel selepas makan malam. Seorang mencadangkan untuk menyewa ‘tut-tut’ dan meronda di seluruh pekan. Pemandu tut-tut meminta RM20.00 untuk tempuh perjalanan hampir satu jam mengelilingi pekan. Terkejut juga apabila mendapati pekan ini memangnya. Lebih luas dari Sungai Petani atau Alor Setar.
Terlihat hotel hotel lain yang aku senaraikan tetapi loksai memang tidak bersesuaian. Hotel tersebut jauh dari pusat aktiviti dan tidak banyak gerai atau tempat makan. Hotel tersebut juga agak tidak begitu cantik atau presentable. Memang pilihan hotel yang kami menginap sesuai dan ideal.
Bahagian akhir yang dibawa oleh tut-tut ialah kawasan red light. Semua yag menaiki tut tut amat berpuas hati. Rasanya ia lebih seronok jika berbuat demikian sebelum hari gelap. Lebh banyak pemandangan dapat dilihat.
Aku diberitahu ramai ahli rombongan yang berbuat demikian iaitu keliling pekan menaiki tut tut. Sempat bertukar tukar pengalaman antara mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan