Halaman

Jumaat, 1 Februari 2013

Rombongan ke Betong, Thailand ...(hari 1 bah. 1)

Banyak yang dipelajari

Beberapa bulan lalu ramai penduduk Taman Intan memohon untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Betong Thailand. Idea ini datang dari aku sendiri apabila ku sering merujuk kepada beberapa kali lawatan aku ke sana samada menaiki kereta atau naik basikal. 
Ramai yang berhajat untuk pergi adalah kaum wanita. Aku faham sangat mereka ingin kesana untuk meninjau tempat untuk shopping. Ramai yang kerap mengunjungi Padang Besar Danok atau Wang Klian, tetapi tidak ramai yang telah mengunjungi Pekan Betong. 
Seperti biasa orang yang masuk nama ada yang membatalkan dan ada pula yang masuk. Beberapa kali dibatalkan kerana bas tidak available atau tarikh tidak sesuai. Kaum India tidak mahu terlalu dekat dengan perayaan Thaipusam pada 27 Jan 2013. Kaum cina pula tidak mahu terlalu dekat dengan perayaan Tahun baru cina. Akhirnya kami bersetuju untuk pergi pada 01 Feb. Itu pun banyak juga yang memohon untuk ditunda kerana 02 Feb adalah hari persekolahan kerana menggantikan cuti tahun baru cina. 
Lawatan hampir dibatalkan juga tetapi aku bertekad untuk meneruskan walaupun tidak mencapai jumlah peserta yang boleh ditampung oleh bas iaitu 44 orang. Kalau ada 30 orang aku akan masih meneruskan lawatan. Yang bestnya sehari sebelum tarikh lawatan, jumlah peserta yang mengikuti rombongan ke Betong Thailand adalah penuh. 
Agak terkejut juga bila diberitahu ramai penduduk disebelah utara masih belum pernah memasuki Betong. Ada yang bertanggapan Betong adalah ‘bandar persundalan’ yang kerap dikunjungi oleh mereka yang inginkan keseronokkan. Ada yang merasa takut atau jijik untuk kesana. Beberapa kali aku kena menyakinkan kepada mereka, kalau kita berniat baik, tidak ada apa yang akan terjadi kepada kita. Lagi pun kawasan ‘red light district’ terletak dikawasan berasingan walau pun banyak juga pusat tersebut yang terletak didalam akwasan bandar. 
Pada pagi yang dijanjikan bas sampai pada masa yang dijanjikan. Aku agak risau sedikit pada kemampuan bas untuk membuat pendakian Gunung Inas sebelum pekan Pengkalan Hulu dan yang paling risau samada bas boleh sampai ke Torowong Piyamit tempat Chin Peng. 
Bayaran cukup murah iaitu RM35.00 seorang. Makan dan Hotel adalah ditanggung sendiri. 


Imegresen Malaysia 

Aku megingtakan semua ahli rombongan untuk bersedia dengan passport atau border pass. Setiap orang hendaklah turun bas untuk melalui imigresen Malaysia. Kami terpaksa menunggu hampir lima minit kerana tiada seorang pun pegawai imegresen dikaunter. Aku bertanyakan kepada pegawai kastam yang menyatakan mereka berada didalam bilik. 
Tidak pernah passport atau border pass di periksa begitu teliti. Biasnya passport atau border pass terus di chop tanpa key-in. Tidak mengapalah asal tiada sesiapa yang menghadapi sebarang masalah. 
Polis sempadan meminta senarai nama ahli rombongan. Nasib baik aku membawa bersama walaupun tidak lengkap. Satu pelajaran berharga. 

Immigresen Thailand 

Beberapa pegawai di imegeresen Thai memberi arahan untuk bas berhenti. Laluan masuk bas ke betong di komplek tersebut terletak disebelah kanan bukannya disebelah kiri seperti laluan kenderaan lain. Laluan yang sama digunakan oleh lori dan bas yang pulang dari Betong. 
Semua turun untuk chop passport atau border pass. Aku cuba mendapatkan borang ‘embarkation’ dengan meminta dari seorang pegawai imigresen yang berada diluar. Tanpa sepatah kata dia menunjukkan kearah meja tulis dimana terdapat dua orang perempuan mengisi borang dengan caj RM2.00 setiap borang. Aku cuba untuk menjimatkan wang peserta yang masuk menggunakan passport. Tidak upaya. 
Sementara aku sibuk mengatur dan menentukan semua pass didaftarkan, salah seorang memanggil aku. Aku dikehendaki berjumpa pegawai imegresen didalam pejabat. Seorang yang berpakaian biasa menerangkan kepada aku setiap bas rombongan perlu mengambil pemandu pelancong dengan kos sebanyak RM200 sehari. 
Mulanya dia mahu aku membayar RM150.00 tidak tahu mengapa kemudian dia meminta RM100.00 pula. Pengarah imigresen bertugas tidak mesra lansung. Dia asyik berdiam diri dan tidak berhenti membersihkan gigi menggunakan tooth pick. Kurang ajar betul. Aku merayu kepadanya untuk membenarkan rombongan kami masuk tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong dengan alasan yang kami hanya ingin ke Pekan Betong, bermalam dan pulang keesokkan harinya. Aku tidak mahu lawatan dibatalkan atau berpatah balik. Hampir semua peserta telah meng’chop’ passport dan border pass. 
Setelah hampir 10 minit dengan sikap acuh tak acuhnya, dia menyuruh aku meletakkan wang sebanyak RM100.00 diatas mejanya. Dia memberi jaminan untuk rombongan kami masuk ke destinasi. 
Orang yang berpakaian biasa menunggu aku diluar pejabat dan menyuruh aku berjumpa dengan pegawai kastam pula untuk menyatakan hasrat kami. Bila aku tanya mengapa aku perlu melakukan demikian, aku diberitahu bahawa pegawai kastam akan membuka halangan laluan bas nanti. Aku diberitahu semua pegawai bertugas adalah orang Melayu Siam. Aku memberi salam dan menyatakan yang aku diarahkan untuk memohon bantuan pegawai kastam membuka laluan. 
Aku kemudian kembali untuk mengchop passport aku di kaunter tetapi dipanggil semula oleh orang yang menyuruh aku berjumpa pegawai imigresen dan pegawai kastam. Apa lagi pula ni … dia menyuruh aku masuk kedalam bilik untuk berjumpa dengan ketua pegawai imigresen tadi dan meminta pegawai tersebut untuk mendaftar kemasukkan aku. Ketika itu ada dua orang cina malaysia berada didalam biliknya. 
Sementara aku sibuk menguruskan hal kemasukkan pelancong dengan pihak imigresen, pemandu bas pula menguruskan kemasukkan bas dengan pihak kastam Thailand. Pendaftaran bas yang asal diperlukan dan perlu mendaftar di pejabat kastam. Bas dikenakan caj sebanyak RM30.00.
Sebaik semua urusan selesai, bas mula bergerak. K. Morgan, pemandu bas menghulurkan wang sebanyak RM10.00 untuk diberikan kepada pegawai kastam yang akan membuka besi penghalang laluan bas. Wang lagi ….. aku silap, terlalu syak wasangka. Bila aku hulurkan wang setelah halangan dinaikkan dia menolak pemberian wang tersebut. Aku pula yang menjadi malu. Mungkinkan dia tidak mengambil pemberian tersebut kerana semasa berjumpa dengannya tadi, aku memberi salam dan berjabat tangan dengan nya? 
Perjalan sejauh hampir 10 km ke bandar Betong dipenuhi dengan seribu satu perasaan dan pertanyaan. Didalam bas semua bercakap cakap tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Semua merasakan tidak berpuas hati kerana di caj untuk menulis borang passport dan dicaj untuk border pass. Pernah rakan rakan mereka bertanyakan mengapa di caj demikian. Kebanyakkan jawapan yang diterima adalah wang ‘overtime’ pegawai imegresen. Overtime apa kalau pelancong yang masuk dalam waktu pejabat. Kalau overtime pun tidakkan lah pula pelancong kena bayar…….

.............. bersambung di bahagian 2
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan