Halaman

Jumaat, 7 Februari 2014

By pass

Kayuhan pendek hari Jumaat. Hanya lakukan takat mana boleh kerana kelmarin berehat sehari setelah kayuhan 100 km hari sebelumnya. Tidak mahu berjanji tetapi kalau mampu aku akan cuba melakukan kayuhan selang sehari walaupun hanya sekejap.
Pada mulanya, sebelum memulakan kayuhan, rasa tidak mahu dan tidak terdaya. Selesa berehat dirumah. Akan tetapi aku paksa diri untuk keluar dan setelah beberapa ketika mulai rasa seronoknya berkayuh.
Esok mungkin akan melakukan kayuhan lagi kerana ada aktiviti lain pada hari Ahad iaitu gotong royong membersihkan longkang di Taman Rhu. Aktiviti dijalankan kerana ada wabak denggi di kawasan tersebut. Kenapa aku terlibat, ia adalah satu satu aktiviti 'panel penasihat klinik' yang aku anggotai sejak tiga tahun lalu. Kerja sukarela sebagai sumbangan kepada masyarakat.
Malam tadi semasa menunggu ,asauknya waktu solat Isyak di Masjid Taman Intan, berbual kosong dengan Ibrahim. Tidak perlu meneka tajuk apa .... basikal. Menurut Ibrahim, jiran kami yang kehilangan basikal basikalnya beberapa bulan lalu bernilai lebih RM30k telah dilihat melakukan aktiviti kayuhan semula. Agaknya dia berhenti melakukan kayuhan hampir enam bulan sebagai protes atau meredakan rasa kecewa dan sedih diatas kehilangan basikal basikalnya. 
Ibrahim dijemput untuk menemani pasukan yang akan menyertai perlumbaan Le Tour di Langkawi melakukan latihan kayuhan sebelum perlumbaan LTdL bermula penghujung Februari ini. Kayuhan latihan ini akan bermula di Taiping dan akan tamat di Betong Thailand dan bermalam disana. Dia mengajak aku sertai..... minta maaf. Tidak upaya.
Akhirnya dia mengingatkan untuk bersama semasa permulaan stage kedua LTdL di Dataran Zero Sungai Petani pada stage kedua dan mengajak aku ke Taiping untuk penamat stage tersebut. Tengok la nanti...


Statistik : 
    Mula ............... 0815
    Tamat ............  0930
    Jarak ............... 33 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. By-pass
   Odometer 2014 : 0371
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan