Halaman

Isnin, 3 Februari 2014

terhutang ......... 300km

Setengah jam pertama kayuhan, kedua dua lengan mencucuk kesejukkan. Suhu sejuk yang dikatakan akibat tiupan angin timur laut dari Siberia yang kini mengalami musim sejuk masih bertiup kencang. Rasanya suhu macam dibawah 20 darjah celcius sahaja, mungkin lebih rendah.
Suhu rendah ini berserta dengan angin yang agak kencang bertiup kebadan walau kemana arah kayuhan, lebih lagi menghala ke timur, kearah matahari terbit. Walau pagi telah 'tinggi' namum matahari tidak cerah kelihatan kerana dilindungi oleh jerubu yang biasa datang pada musim. Matahari berwarna ke merah merahan berbanding dengan kuning keemasan pada waktu biasa.
Suhu yang menusuk ke tulang ini bagaikan nostalgia, teringatkan waktu mengaji di England hampir empat puluh tahun lalu. Waktu begini amat seronok ketika berjalan kaki bersama rakan menuju ke kampus, cuma bezanya ketika itu berpakaian dua tiga lapis dengan coat, jacket atau anorak yang tebal dan kalis angin.
Aku masih mencari rentak kayuhan kerana sudah agak lama ditinggalkan pada bulan pertama tahun baru. Hanya dapat berkayuh dua kali sahaja. Aku berhutang banyak kilometer iaitu hampir 300 km untuk bulan pertama kerana target aku ialah purata 400 km setiap bulan. Nampaknya aku terpaksa berkerja keras bulan ini untuk melunaskan sekurang kurangnya setengah hutang tersebut campur dengan purata bulanan...... boleh ke  ni?
Hendak pergi lebih jauh mungkin kurang mampu pada takat ini, nantilah apabila kecergaskan pulih sepenuhnya. Kekangan utama ialah cuaca panas yang disertai angin kencang sekarang ni. Aku terpaksa membatalkan banyak rancangan kayuhan jarak jauh sehingga keadaan mengizinkan.


Statistik : 
    Mula ............... 8.00 pagi
    Tamat ............  10.45 pagi
    Jarak ............... 61 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Kepala Batas - Tasek Gelugur - Pinang Tunggal
   Odometer 2014 : 0237
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan