Halaman

Selasa, 25 Februari 2014

The coast is STILL NOT clear ........

Phrasa 'the coast is clear' adalah untuk memberitahu yang keadaan selamat. Selalu digunakan untuk menyatakan bahawa keadaan selamat untuk meneruskan apa apa perkara yang tidak mahu orang lain mengatahui. Tiada halangan apa, tiada orang berada dikawasan tersebut terlebih lagi orang yang mempunyai kaitan. Phrasa ini sering digunakan oleh orang dewasa yang melakukan 'aldulteries'. Ini dinegara barat bukan disini.
Aku pula menggunakan phrasa ini untuk menyatakan adakah keadaan selamat untuk melakukan aktiviti kayuhan. Kenapa masih belum selamat? Panas dan kering. Sudah lebih satu bulan tiada hujan turun. Angin pula bertiup kencang menyukarkan kayuhan.
Berita dalam surat khabar dan tv menyatakan beberapa kawasan diselatan telah memulakan catuan air. Ini berlaku di Selangor terutama di Lembah Kelang. Kebanyakkan empangan takungan bekalan air diseluruh negara telah surut ketahap kritikal. Ada tengok berita tentang pebenihan hujan akan dilakukan di negeri negeri selatan tanah air untuk mengurangkan kesan dari musim panas dan kemarau sekarang.
Sepanjang jalan banyak kelihatan kawasan belukar di kiri dan kanan jalan terbakar. Beberapa tempat yang aku lalui masih kelihatan asap dari timbunan abu sampah dan pokok dan terbakar. Bau asap dan juga bau plastik terbakar (dari botol air mineral) menusuk ke hidung. Menganggu penafasan.
Di kawasan bendang, semua sawah telah dibajak tetapi tiada air. Agaknya aktiviti pengubahan benih padi terpaksa ditangguhkan sehingga ada air mencukupi.
Sudah agak lama aku tidak membuat kayuhan kerana keadaan cuaca. Panas terlampau dan keadaan yang kering apabila hari meninggi manakala agak sejuk pada waktu pagi. Tiupan angin pula agak kencang, dengar kata kini angin bertiup dari arah barat daya, bukan lagi angin timur laut. 
Pada mulanya aku merancang untuk membuat kayuhan di jalan lencongan barat dan timur sahaja. Tetapi rasa seronok setelah sekian lama tidak melakukan kayuhan dan membuatkan aku pergi jauh sedikit, Sempat sampai kerumah sebelum suhu bertambah panas.
Apabila berada dirumah tidak keluar dari dalam rumah sehingga waktu petang apabila suhu turun.


Statistik : 
    Mula ............... 0750
    Tamat ............  0945
    Jarak ............... 45 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Semeling - Bedong - Lencongan Timur
   Odometer 2014 : 0516
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan