Halaman

Rabu, 26 Februari 2014

Ada pulak yang tumpang

Kadang kala bila bangun tidur terasa badan begitu malas untuk melakukan aktiviti sihat terutama melakukan kayuhan. Bagai tidak larat untuk keluar. Lebih lagi kalau hari sebelumnya telah melakukan kayuhan. Terasa selesa duduk berehat dirumah sahaja menghabiskan masa di hadapan komputer atau duduk di sofa menghadap TV. 
Tetapi kalau badan sihat, rasa menyesal dan rasa rugi pula kalau tidak keluar melakukan aktiviti senaman.
Hari ini aku keluar berkayuh walau hari semalam telah melakukan kayuhan. Ini disebabkan esok tidak boleh berkayuh kerana akan menghadiri kursus pendek pada sebelah pagi. Hari Jumaat pula akan menyaksikan Stage 2 LTdL yang akan bermula di Sungai Petani dan ditamatkan di Taiping Perak. Jadi kayuhan akan datang hanya boleh dilakukan selepas dua hari.
Bulan ini aku kekurangan lebih 200 km kayuhan. Boleh bayar balik ke pada bulan Mac nanti. Insyaallah kalau tiada apa apa program.
Baru berkayuh kurang dari setengah kilometer terasa masalah pada basikal. Terasa tayar tersekat dan tidak berputar lancar seperti biasa. Aku cuba menukar gear, tidak boleh dan melihat rantai hampir terkeluar dari tempatnya. Ahhhhh ..... tak kan kena patah pulang kerumah.
Bila turun melihat punca masalah, terlihat ada tali hitam terbelit pada gear paling kecil dibelakang. Bila dan macam mana pula tali tersebut ada berbelit disitu. Ada pula yang tumpang naik basikal aku pagi ni......... Bila pulang dari kayuhan semalam basikal yang aku parking ditempat biasa tidak keluar pun. Mungkin ianya tersangkut semasa kayuhan.
Berpeluh juga untuk mengeluarkan dan membuang tali tersebut. kayuhan lancar seperti biasa dan aku meneruskan kayuhan kearah selatan. Mulanya aku rancang untuk membuat seperti kelmarin satu jam pergi dan satu jam balik. Yang demikian aku akan mengelakkan suhu panas yang melanda negara kita sekarang.
Bila cukup satu jam aku melihat jarak kayuhan sebelum membuat u-turn berpatah balik. Kurang 4 km ke tahap 30 km, jadi aku memutuskan untuk mencukupkan jarak tersebut dan akan menambah masa antara 10 hingga 15 minit lagi sebelum berpatah balik. Kayuhan membawa aku hampir kepersimpangan BORR.  Aku seronok dan gembira dapat membuat jarak kayuhan 60 km pergi balik hari ini.
Kata orang setiap kejayaan tidak datang percuma ... semasa kayuhan pulang tiupan angin kuat dari hadapan membuatkan sukar untuk mencecah kelajuan 24km/j. Kabanyakkan masa kelajuan hanya 20 atau 21 km/j dan kadang kala jauh dibawah paras tersebut.
Tidak singgah dimana mana walaupun teringat untuk berjumpa dengan rakan di pusat jualan lemang Pak Teh.


Statistik : 
    Mula ............... 0755
    Tamat ............  1045
    Jarak ............... 61 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Bagan Ajam
   Odometer 2014 : 0577
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan