Halaman

Sabtu, 1 Mac 2014

kayuhan macam dulu dulu

Pagi ini redup dan agak sejuk. Beberapa kawasan langit diselubungi awan dan berkemungkinan hujan akan turun dalam masa terdekat. Kelmarin aku terdengar ada di Kulim hujan turun dengan agak lebat. Agak terkejut juga melihat beberapa tempat di mana jalan dibasahi air, mungkin hujan turun pada sebelah malam. Sehingga aku sampai kerumah cuaca masih redup dan suhu tidak begitu panas.
Kelmarin Stage 2 LTdL yang bermula dari Sungai Petani dan ditamatkan di Taiping. Aku ingin sangat untuk berada bersama di tempat permulaan tetapi tidak pergi atas beberapa sebab. Kali ini tempat permulaan diadakan agak jauh dari bandar iaitu di kawasan baru berhadapan dengan Aman Jaya Mall bersebelahan dengan tol Sungai Petani Utara. Memang lokasi tersebut sesuai kerana senang untuk kesana dari Utara dan selatan melalui lebihraya PLUS atau jalan lencongan barat dan timur dan terus melalui jalan utama persekutuan N1.
Dua orang rakan memberitahu bahawa permulaan stage kedua ini diadakan pada sebelah petang iaitu selepas solat Jumaat. Tidak seperti selalu pada sebelah pagi. Ini aku ucapkan tahniah kepada penganjur. Hormatkan masa solat tetapi agenda diteruskan tanpa gangguan.
Aku rasa tidak kesempatan untuk ke lokasi apabila selesai solat Jumaat kerana dari rumah lokasi mengambil masa hampir 20 minit tidak mengambil kira kesesakkan di lampu isyarat dan mencari tempat parking. Rasanya kalau aku kesana mungkin semua peserta telah berlepas. Pula solat Jumaat kelmarin agak lewat selesai kerana masuk waktu pada 1.35 petang dan khatib terlalu seronok berkhutbah hingga terlajak lebih setengah jam. 
Tiada apa yang istimewa berlaku, aku layan sahaja kayuhan mengikut kelajuan biasa sehinggalah melepasi jejantas lebuhraya PLUS dan jejantas KTM di jalan lencongan timur. Tiba aku melihat berada sebelah aku SK Juan mengayuh basikal rb klasik 'Raleigh' yang baru diubahsuai. Basikal itu sebelum ini ada 'single speed' tetapi mengikutnya baru malam tadi selesai diubahsaui menjadi rb biasa. Di tambah karrier dibelakang. Hendak kayuh touring kemana agaknya.
Memang sudah lama kami tidak berkayuh bersama dan ini pun secara tidak sengaja dan secara kebetulan bertemu berkayuh menghala arah sama. Risau juga aku kerana dia tidak berhenti bersembang dengan berbagai cerita semasa kayuhan. Sembang semasa kayuhan bererti bersaing, berkayuh sebelah bersebelahan. Amat bahaya kerana kenderaan di jalan lencongan ini agak laju.
Lega apabila dia mengajak aku melencong ke Ambangan Height apabila sampai ke persimpangan ke Mahkamah Sungai Petani. Lega kerana jalan ini bukan jalan utama dan tidak sibuk. Terus terang, ini adalah kali pertama aku berkayuh di kawasan perumahan yang agak luas ini.
Pelik aku tengok nama rekabentuk rumah rumah disini begitu foreign sekali. Nak sebut pun susah. Kebanyakkan nama bahasa Itali .... itu pun aku agak sahaja. Teringin aku mengambil gambar dan memuatkan disini. Susah berhenti takut terganggu kayuhan rakan yang bersama. Nantilah bila kesana lagi bersendirian aku akan lakukan.
Singgah untuk sarapan pagi di kawasan perniagaan kawasan perumahan ini. Sembang hampir satu jam sambil pekena nasi lemak dan minuman kopi three in one. Apabila kami bersiap untuk beredar, seorang pelanggan kedai menghampir kami dan bertanyak tentang aktiviti berbasikal ini. Dia agak terkejut apabila bertanyakan umur SK Juan yang mencecah 80 tetapi masih gah berbasikal.
Dia (namanya Ibrahim) bertanyakan samada aku kenal beberapa orang saudara/sepupu nya yang tinggal di Taman Intan. Mana  boleh tidak kenal. Dia menyatakan bahawa doktor memberitahu bahawa umurnya secara klinikal adalah 70 tahun tetapi umur fizikal sebenar hanya 53 tahun. Aku faham maksudnya dan menyarankan dia melakukan aktiviti kesihatan termasuk berbasikal seperti.


Statistik : 
    Mula ............... 0755
    Tamat ............  1025
    Jarak ............... 40 km
    Cuaca .............. Redup (jerubu)
    Laluan ............. Lencongan Timur - Ambangan Height - Sungai Lalang
   Odometer 2014 : 0617
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan