Halaman

Jumaat, 21 Mac 2014

Tanjung Jaga

Kayuhan gantian kerana kayuhan kelmarin kurang dari 30km. Bukan disengajakan tetapi kawan datang berbual hingga lebih satu jam. Isteri aku mengatakan sepatutnya minta maaf kerana tidak boleh berbual lama kerana hendak berkayuh. Aku kata tidak sampai hati pula berbuat demikian, bukan selalu. Bermula lambat satu jam dan terpaksa balik kerana takut panas terik.
Hari ini sebelum memulakan kayuhan aku bercadang untuk ke Tanjung Dawai. Memang sudah lama tidak kesana. Rasanya ada banyak perubahan di kawasan tersebut. Cuma pada perjalanan pulang nanti aku tidak mahu mengikut jalan bendang Sungai Derhaka. Panas dan angin kencang........ 
Pertengahan jalan aku mengubah fikiran dan tidak jadi untuk ke Tanjung Dawai. Teringin untuk ke Tanjung Jaga untuk membuat pendakian di tiga bukit kecil. Apabila sampai ke puncak paling tinggi akan berpatah balik. Sekurang kurangnya dapat juga menguatkan otot otot kaki.
Ketiga tiga bukit kecil di Tanjung Jaga tersebut tidaklah berapa tinggi. Dapat didaki tanpa sebarang masalah terutama yang 'otai' dan sudah lama berkayuh. Mungkin bukit terakhir agak mencabar kerana pendakian hampir 100 meter agak curam. Walau kerap kesana sebelum ini, kelajuan pendakian aku sendiri tidak sampai 8 km/j.
Kali terakhir aku kesana bersama SK Juan pada akhir tahun lalu berkesudahan dengan menolak basikal pada 20 meter terakhir. Bukanya tidak mampu tetapi SK Juan yang aku kira lebih gagah dari aku tiba tiba turun kerana tidak larat membuat pendakian terakhir. Secara tidak sengaja aku pun juga turun dari basikal. Psikologikal dan untuk tidak membuat kawan berkecil hati.
Bila kesana aku sering terjumpa kumpulan kumpulan yang berhenti rihat di tengah tengah pendakina kerana tidak berupaya menghabiskan pendakian. Sebelum itu begitu begitu nampak gah apabila berkayuh dijalan yang rata tetapi 'tersungkur' apabila membuat pendakian. Bukan rider veteran seperti aku tetapi muda yang masih belum sampai 40'an. Agaknya mereka baru berkayuh.
Kayuhan bukit yang pendek ini menghilangkan rasa rindu aku pada kayuhan di Gunung Jerai. Dahulu aku mengatakan akan kesanan sekurang kurangnya sekali sebulan. Tetapi apakan daya, jarak dari rumah dan terpaksa membawa ke kaki gunung dengan kenderaan dan faktor usia tidak mengizinkan aku kesana. Lagi pun basikal mountain yang sudah diubahsuai, boleh mendaki dengan tayar kecil saiz 23C tetapi amat berbahaya ketika menuruni gunung.
Ada pilihan untuk kayuhan pendakian termasuk Rekrasi Tupah,. Muzum Arkeologi dan Tanjung Jaga. Rasanya buat masa kini aku akan tumpukan ke sini sahaja. Kalau diizinkan akan membuat kayuhan Gunung Jerai.


Statistik : 
    Mula ............... 0805
    Tamat ............  1030
    Jarak ............... 53km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Tanjung Jaga
   Odometer 2014 : 0849
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan