Halaman

Isnin, 17 Mac 2014

4 bawah par

Alhamdullilah ... syukur. Hujan lebat turun dua hari lalu mengakhiri musim kemarau dan panas yang panjang iaitu hampir 75 hari dari tarikh terakhir hujan turun. tetapi beberapa kawasan diselatan tanah air masih mengalami jerubu teruk dan masih belum pulih. Dalam facebook setiap hari ada saja yang menulis dan memuat naik gambar tentang hujan turun.
Walaupun musim kemarau sudah berakhir tetapi kemarau pada perasaan sedih semua rakyat Malaysia masih belum hilang. Hari ini adalah hari kesepuluh kehilangan pesawat MAS flight MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dan masih belum dijumpai. Usaha mencari masih diteruskan dan banyak negara jiran dan negara sahabat memberikan bantuan.
Pelbagai theori diterbitkan dalam media tetapi masih tidak pasti yang mana satu betul dan akhir sekali (memang aku jangkakan dari awal lagi) politik pun terlibat sama kerana pilot adalah seorang penyokong sebuah parti politik.
Aku mengharapkan seperti hujan yang turun selepas kemarau dan suhu panas yang panjang, misteri kehilangan pesawat MH370 ini akan terjawap. Dalam masa aku seperti kebanyakkan rakyat Malaysia berdoa dan berharap agar kesemua yang berada didalam pesawat tersebut terselamat dan dapat pulang kepangkuan keluarga dan orang tersayang akhirnya.
Kayuhan pagi ini di bawah purata kelajuan normal kerana hampir 10 hari berhenti kayuhan. Betis yang sakit seperti dicucuk jarum atau kekadang macam terkena renjatan letrik kecil masih belum pulih sepenuhnya. Apabila aku nampak pengayuh basikal dijalan raya aku begitu cemburu dan terasa ingin membuat kayuhan, mengenepikan kesan atau akibah.
Bukan apa kalau badan tidak melakukan aktiviti senaman, tidur sering terganggu. Kadang kala terjaga ditengah malam dan bila begitu susah untuk lena semula. Kesihatan badan juga akan berada pada tahap rendah, nampak letih dan lesu. Makan pula berselera.
Kayuhan pagi ini setakat untuk memulakan semula aktiviti ini, jadi banyak sendi yang agak ketat dan otot pun tidak kuat. Bermula dengan perlahan sahaja. Kalau ikut term kawan yang bermain golf, kayuhan pagi ini dibawah par ...........
Tidak pengayuh lain dijalanan cuma seorang anak muda yang aku nampak berhenti dipersimpangan kawasan perindustrian Taman Ria Jaya. Mati mati aku ingatkan berbangsa cina tetapi terkejut bila dia menegur aku dan barulah perasaan aku tersilap.
Di lencongan barat Sungai Jagung, SK Juan tiba tiba muncul dari belakang seperti yang kali terakhir aku berjumpa dia. Aku rasa bersalah kerana minggu lalu dia mengajak aku membuat kayuhan tetapi aku menolak kerana kaki sakit. Kami berkayuh sama untuk pulang kerumah dan aku mengajak dia singgah minum dihadapan SM Menengah Tengku Ismail.

Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  0940
    Jarak ............... 34km
    Cuaca .............. Mendung / redup
    Laluan ............. By pass
   Odometer 2014 : 0769
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan