Halaman

Rabu, 19 Mac 2014

700 mm vs 27 inci ....

Kelibat John (nama kristianya....) berkayuh dihadapan rumah jalas sebelum aku meangkah keluar rumah untuk memulakan kayuhan. Ingatkan dia hanya lalu dihadapan rumah membuat kayuhan sekeliling taman sebelum  pergi ke bengkel keretanya di Padang Temusu. Dia mengusahakan bengkel cat kereta. Tidak sangka pula dia berpatah balik dan berhenti di hadapan rumah aku dan menunggu aku mengambil basikal untuk keluar berkayuh. Ingatkan dia hendak berkayuh bersama.
Aku tahu dia tidak berkayuh jauh kerana tidak memakai pakaian lengkap berbasikal, hanya seluar pendek biasa dan T shirt tanpa kolar. Tidak memakai helmet, tiada sarung tangan dan kasut kanvas biasa. Berbeza kalau dia berkayuh, persiapan badan melebihi RM600.00 (kalau dikira kasut clip yang berharga lebih RM300.00)
Mungkin dia ingin berjumpa dan bersembang dengan aku. Bersembang? Lebih satu jam dan aku terpaksa melayannya hingga dia sendiri berhenti untuk pulang bersiap pergi kerja. Ah.... kalau ikut rasa hati hendak kansel sahaja kayuhan pagi ini kerana sudah terlalu lewat dari kebiasaannya aku keluar. Mulakan kayuhan jam 0900 pagi?
Aku kuatkan semangat dan meneruskan niat kayuhan. Mungkin aku pergi dekat sahaja dan berpatah balik sebelum hari panas terik. Aku membuat keputusan untuk ke Batu Lintang dan kemudian ke Tikam Batu. Dapatlah jarak hampir 30 km, memadai untuk kali ini.
Semasa kayuhan aku teringat balik apa yang disembangkan sebentar tadi. Kesimpulannya dia ada misi untuk berjumpa aku. Dia banyak menceritakan tentang pengubahsuaian basikal kepada 'touring bike', keutamaan diberikan kepada saiz tayar. Basikal touring aku mempunyai tayar saiz 700 x 23c iaitu sama dengan saiz roadbikes aku. Kenapa aku menukar kapada saiz yang sama. Kerana tidak mahu menyimpan terlalu banyak saiz tiub spare. Kalau perlu aku boleh pindahkan wheel set dari touring bike kepada roadbike dan sebaliknya (vice-versa). Bukankan mudah, menjimatkan masa dan lain lain.
John ada menyimpan sepasang set tayar bersaiz 27 x 35mm. Tidak tahu mengapa dia membeli tayar tersebut dan untuk basikal mana. Kini dia mahu menjual set tayar tersebut. Tidak ramai yang mempunyai touring bikes di daerah ini dan aku yang paling hampir dan dikenalinya. Dia cuba sedaya upaya untuk menlepaskan set tersebut kepada aku.
Dia menerangkan bahawa set tayarnya itu lebih selesa dan selamat digunakan pada touring bikes. Katanya lebih tebal dan lebar. Tidak seperti tayar kecil rb 700 x 23c. Susah untuk 'puncture' kalau terlanggar batu batu kecil. Lebih stabil apabila mengambil selekoh dan senang di brake kerana cengkaman pada jalan yang lebih. Berjela jela lagi kebaikan yang dijelaskan pada aku. 
Hairannya dia tidak ada menyebut atau menawarkan untuk menjual set tayar tersebut. Mungkin dia berfikir dengan ceritanya yang panjang lebar, aku akan tertarik dan akan meminta dia menjualkan kepada aku. Dengan demikian dia boleh meletakkan harga yang agak tinggi hampir dengan harga yang dibelinya dahulu.
Aku buat dakkkk je ... Kalau dia hendak bagi free pada aku pun, belum tentu aku akan menerimanya. Seperti yang aku terangkan diatas, tidak mahu mennggunakan terlalu banyak jenis yang berbeza......
Sebelum sampai kerumah singgah pekena roti capati dan teh di kedai mamak Taman Nilam. Satu lagi perkara yang sudah lama tidak aku lakukan. Aku mengelak dari makan di kedai mamak dan lebih senang bersarapan di gerai ditepi jalan. Murah, cepat dan lebih selera.


Statistik : 
    Mula ............... 0900
    Tamat ............  1010
    Jarak ............... 27km
    Cuaca .............. Mendung / redup
    Laluan ............. By pass
   Odometer 2014 : 0796
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan