Halaman

Jumaat, 7 Mac 2014

Hak seorang pengayuh basikal

Sebaik keluar ke jalan lencongan barat menuju keselatan aku melihat sekumpulan empat orang rider. Aku berhenti memberi laluan kepada kenderaan lain kerana aku memasuki jalan utama. Nampak mereka macam 'novice' sahaja. Cara kayuhan pun boleh tahu. 
Aku menegur pengayuh dibelakang sekali,  tidak berapa mendapat respon. Mungkin dia sedang menumpukan kepada usaha kayuhan untuk mengejar atau untuk bersama dengan kumpulan dihadapan. Mereka tidak berapa laju dan dalam tidak sedar aku berada dalam kelompok tiga pengayuh dihadapan. Terasa ingin untuk bersosial pula pada kayuhan ini. Aku menegur dan berbual dengan pengayuh yang aku anggap sebagai leader atau ketua kumpulan.
Dia mengajak aku untuk bersama ke Teluk Bayu, Bukit Kecik. Ah... ingin juga tetapi kalau ikut mereka ganggu rancangan untuk meniziarahi kawan lama yang menjalankan perniagaan di kawasan pasar Taman Keladi. Lagi pula destinasi tersebut hanya lebih kurang 10km dari rumah aku. Tidak cukup kuota kayuhan hari ini.
Tidak pasti dari kawasan mana tetapi dari perbualan, kelengkapan yang dipakai, gaya dan jarak kayuhan, aku membuat rumusan mereka dari Laguna Merbok... salah satu kawasan elit di Sungai Petani.
Tidak berkesempatan untuk berkenalan, tidak bertanyakan nama dan tidak sempat memberikan nama aku sendiri kepada mereka. Tidak mengapa kerana kebanyakkan perkenalan semasa kayuhan hanya habis disitu sahaja. Habis berkayuh lupa semuanya. Kalau ditakdirkan mungkin akan bertemu semula dan kira buku barulah.....
Satu komen yang aku ingat adalah mereka juga sering berkayuh ke Tanjung Dawai. Jalan lebih selamat dan selesa kerana kurang kenderaan berbanding dengan jalan lencongan yang dilalui sekarang. Cuma perlu bertarung nyawa taktala menyeberangi Sungai Merbuk menggunakan jambatan Semeling. Waktu pagi banyak kenderaan melalui jambatan tersebut. Ruang jalan atas jambatan sempit dan sikap pemandu kita yang tidak lansung memberi keutamaan keatas keselamatan pengguna lain terutama kenderaan kecil seperti basikal. Poor planning oleh JKR, sepatutnya jambatan tersebut dilebarkan lagi untuk memberi ruang kepada penunggang motorsikal dan basikal.
Aku berpisah dengan mereka dipersimpangan Sungai Pasir dan meneruskan perjalan untuk masuk ke jalan lencongan timur. Tiada rider lain yang di temui dilaluan ini dan tiada apa yang penting dan menarik untuk dicatatkan disini. Aku membuat pusingan U pada penghujung lencongan dan berpatah balik dengan mengingatkan diri untuk singgah bertemu Mohd Noor Salleh di Taman Keladi. Bukan apa kalau seronok layan kayuhan terlupa pula.
Semasa melepasi Hospital Sultan Abdul Halim kayuhan terganggu apabila sebuah MyVi bermarna orange keluar dari simpang Bangunan Jabatan Hasil tidak berhenti memberi aku laluan. Dia terus memandu disebelah kiri aku dan aku terpaksa berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan. Kereta sahaja cantik tetapi perangai pemandu hodoh.
Terus bermain dikepala aku, apakah hak seorang pengayuh basikal seperti aku dimata pemandu kenderaan yang lebih besar? Adakah pengayuh basikal ini mengganggu mereka atau menyemak sahaja dijalan raya?
Kenapa 'hak seorang ...', sebab kalau ramai ia dikatogari sebagai jamboree yang dianjurkan dan sudah tentu ada escort dan marshal dihadapan dibelakang, dikiri dan dikanan jalan. Seorang bermakna tiada keistimewaan lansung cuma hanya sebagai satu lagi kenderaan dijalan. Sama bertaruhkan keselamatan dan nyawa semasa berkayuh seperti kenderaan lain. Kesimpulannya adalah dijalan raya sana, tiada bezanya kenderaan roda dua, empat, enam atau lebih.
Berbeza dengan negara jiran disebelah utara, kenderaan kecil mempunyai hak istimewa dijalan raya. Contohnya kalau sebuah bas atau lori terlibat dalam kecelakaan atau kemalangan dengan kereta kecil, atau kereta terlibat dengan kemalangan dengan motorsikal atau kemalangan yang melibatkan motorsikal dengan basikal atau pejalan kaki, kenderaan kecil pada 'hierarchy' system ini tidak bersalah. Yang lebih besar bersalah kerana mereka sepatutnya mengambil apa sahaja langkah perlu untuk mengelakkan accident berlaku. Ini jarang berlaku di negara kita. Ia memberi kesan kepada pemandu jika berlaku kemalangan.
Sampai bilakah kita boleh mencapai sikap jalan raya seperti dinegara jiran?

Statistik : 
    Mula ............... 0800
    Tamat ............  0940
    Jarak ............... 42km
    Cuaca .............. Panas kering
    Laluan ............. Jalan lencongan timur
   Odometer 2014 : 0735
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan