Halaman

Khamis, 27 Mac 2014

Hari apa pun boleh kenduri ....

Baru dapat momentum untuk berkayuh. Hari ketiga berturut turut dan kali ini ingin pergi jauh sedikit dari beberapa hari sebelum ini. Itu pun dijangka tidak boleh pergi jauh dari tiga jam kerana ada jemputan majlis kenduri kahwin pada sebelah tengah hari. Hah .... majlis kenduri pada hari Khamis?
Teringin untuk kesebelah utara, mungkin setakat Gurun atau Guar Cempedak. Rasanya boleh dapat dalam lingkungan 60 km. Selalu begitu apabila mula berkayuh rasa hendak pergi lebih jauh sedikit tetapi ada pula halangan.
Sekarang ini hari apa pun orang buat kenduri, lebih lagi pada musim cuti sekolah. Kalau dahulu majlis kenduri hanya diadakan pada hari hari tertentu iaitu hari sabtu atau ahad, kini tidak lagi. Kalau dulu alasannya adalah untuk memudahkan jemputan dan saudara mara datang ke majlis, tidak terganggu masa kerja dan boleh datang dengan keluarga. Tetapi kini alasan tersebut tidak lagi boleh dipakai. Kalau bukan hujung minggu pun jemputan masih mampu datang ke majlis.


Statistik : 
    Mula ............... 0805
    Tamat ............  1040
    Jarak ............... 58km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Gurun
   Odometer 2014 : 0982
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan