Halaman

Rabu, 26 Mac 2014

Rezeki kayuhan .........

RM500.00. Itulah nilai kayuhan pagi ini. 
Sebaik memasuki jalan lencongan timur dari arah Padang Temusu, sebuah pacuan empat roda membunyikan hon dari arah belakang. Ai... tak kan aku memasuki laluannya. Banyak lagi ruang disebelah kanan kerana jalan ini mempunyai dua lorong setiap hala. 
Apabila kenderaan tersebut hampir, aku menoleh untuk melihat pemandunya... tidak kenal pun pemandunya. Mungkin kerana penglihatan kurang jelas kerana cermin tingkap agak gelap.  Rasanya tiada kawan rapat yang memandu kenderaan jenis dan model itu. Tetapi jauh dalam fikiran aku boleh agak siapa yang memandu. Kalau benar seperti yang aku sankakan, bila pula dia tukar kereta dari MPV kepada pacuan empat roda.
Kenderaan diperlahankan dan berhenti agak jauh dihadapan. Aku mengurangkan kelajuan basikal dan memandangkan kedalam kereta dan sah dia seorang kawan. Soalan pertama setelah memberi salam .... dah tukar kereta baru ke? Tak... kereta lama tengah servis. Syarikat pinjamkan kereta ini buat sementara waktu.
Tidak berminat untuk berbual panjang. Dia pun tahu kerana aku tidak mahu kayuhan pagi ini terganggu. Dia terus mengeluarkan wang sebanyak RM500.00 sebagai bayaran kepada sekeping tanah yang ingin dibeli dari aku. Kecil sahaja tanah tersebut mungkin berukuran 30 kaki x 100 kaki. Dengar khabar dia ingin mendirikan rumah ditapak tersebut. Tanah tersebut tiada geran, hanyalah tanah reserve KTM di kampung Pinang Tunggal. Ramai orang kampung menerokai tanah reserve tersebut dan pada sebelah jalan JKR banyak rumah didirikan oleh mereka yang meneroka awal.
Yang seronoknya KTM tidak lagi menggunakan tanah tersebut kerana laluan trek kereta api kini telah diubah. Ini menjadikan kawasan tersebut tidak lagi diperlukan. Tidak tahu apa rancangan kerajaan dimasa hadapan. Adakah tanah tanah tersebut akan diberikan kepada mereka yang menerokainya dengan harga yang rendah atau diberi percuma.
Aku membeli tanah tersebut dari orang kampung beberapa tahun lalu untuk tujuan bertani. Tetapi hingga kini tiada apa yang boleh aku kerja dan kawan tersebut telah membersihkan dan mengusahakan tanah tersebut. Sekarang dia berminat untuk membelinya.
Aku mendapat sedikit keuntungan dari jualan tersebut. Cukuplah. Dan sebentar tadi hilanglah kelayakkan aku sebagai tuan tanah tersebut dan telah bertukar tangan kepada kawan. 

Statistik : 
    Mula ............... 0755
    Tamat ............  0940
    Jarak ............... 42km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Jalan Lencongan Timur (pergi balik)
   Odometer 2014 : 0924
       
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan