Halaman

Sabtu, 8 Februari 2014

jaya atas ketidakupayaan orang lain ....

Pelik je bunyi tajuk blog ini. Tetapi ini benar. Sudah sekian lama aku tidak berkayuh ke Pantai Merdeka. Mungkin lebih dari setahun.
Semasa memasuki simpang Pekan Tikam Batu aku dipintas oleh dua remaja yang menuju arah sama iaitu ke Pantai Merdeka. Aku cuba menghambat tetapi usia yang sudah lanjut tidak mampu berbuat demikian. Walau ada ketika aku begitu hampir dibelakang mereka. Kalau pun dapat menyaingi mereka sudah tentu tidak dapat bertahan lama kerana tenaga muda mereka. 
Memang aku tidak perasan tetapi seorang dari remaja tersebut adalah perempuan. Setelah melepasi bukit sebelum sampai ke Pantai Merdeka, kami berselisih dan baru perasan. Syok melihat mereka melakukan aktiviti yang amat kurang disertai oleh remaja remaja lain. Sekali lagi mereka melambai kepada aku ketika aku berhenti rehat di Pekan Tikam Batu semasa perjalan pulang.
Memang ramai pengayuh basikal di Pantai Merdeka pada penghujung minggu. Lokasi ini menjadi tumpuan aktiviti berbasikal kerana selepas berkayuh pada jalan yang landai dan diakhiri dengan pendakian bukit yang agak mencabar bagi sesetengah rider, mereka boleh berehat sambil menikmati pemandangan yang cantik dan menarik dan menikmati udara yang segar dari Selat Melaka.
Tiga kilometer dari Pantai Merdeka aku melihat sekumpulan rider tidak jauh dihadapan. Walau kelajuan aku boleh memotong mereka tetapi aku perlahan kayuhan mengikut mereka pada jarak hampir 100 meter dibelakang. Bukan apa, kalau aku memotong mereka nanti kalau pada kayuhan bukit aku tidak mampu dan terpaksa turun.... bukankah malu sahaja.
Setakat ini memang tiada masalah untuk aku menawan bukit ini tetapi tadi aku teringat, gear paling rendah pada rb mengalami masalah semasa kayuhan di Gunung Inas Baling semasa kayuhan ke Betong bulan November 2013 lalu. Aku terlupa untuk membaiki hinggalah kayuhan ini.
Pada pertengahan bukit seorang rider tidak berupaya meneruskan kayuhan pendakian bukit ini dan terpaksa menolak basikalnya. Dia jauh lebih muda tetapi badan agak obes sedikit. Bila aku sampai, dia memberitahu dia sudah tidak larat lagi..... Bukan boleh tengok orang turun berjalan, aku pun hendak turun juga. Perasaan malu sudah tiada kerana berkongsi dengan orang lain. Tetapi aku dapat menghabiskan pendakian kerana semangat yang disemarakkan oleh rider yang menolak basikalnya tadi.
Aku tidak terus kepantai tetapi terus berpatah balik untuk kayuhan pulang. Isteri aku mengingatkan bahawa ada kenduri walimatul urus tidak jauh dari rumah.

Statistik : 
    Mula ............... 0805
    Tamat ............  1100
    Jarak ............... 58 km
    Cuaca .............. Redup (mendung)
    Laluan ............. Pantai Merdeka
   Odometer 2014 : 0429
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan