Halaman

Jumaat, 11 April 2014

pertemuan yang tidak disangka ....

Selalu kita dengan pada ceramah agama atau pada nasihat yanbg diberikan oleh alim agama bahawa kalau niat seseorang itu ikhlas dan baik, ia akan dipermudahkan. 
Aku bercadang untuk mencari beberapa kawan lama terutama yang pernah berkerja bersama hampir 20 tahun. Kini sejak meninggalkan syarikat lama hampir tujuh tahun lalu, memang tidak pernah berjumpa. Bukan tidak mahu tetapi agaknya masing masing sibuk.  Oleh kerana aku akan mengadakan kenduri kahwin anak sulung tidak berapa lama lagi, aku berhajat untuk menjemput rakan rakan lama bersama.
Kes pertama, kelmarin aku datang ke tempat kerja lama di loi air Pinang Tunggal untuk menjemput seorang kawan bagi menemani aku ke Jeneri. Tujuan kesana adalah untuk pergi ke ladang ternakan burung puyuh. sebelum berangkat aku didatangi oleh seorang rakan lama yang di pintu masuk ke loji. Dia mendapat tahu aku berada diluar dan segera mendapatkan aku. Dia kini beberja dengan agensi lain dan datang ke sana atas tujuan rasmi.
Tidak dapat bersembang lama tetapi aku berjanji akan mencarinya dalam masa terdekat. Apabila berpisah, aku mendapat SMS darinya menyatakan nombor handphone seorang lagi kawan yang juga ingin aku hubungi.
Kes kedua, sebaik melintasi lampu isyarat persimpangan jambatan semeling memasuki jalan lencongan barat arah selatan, sebuah kereta membunyikan hon dibelakang aku. Agak terkejut kerana aku berada di lorong motorsikal, tidak lansung berada di laluan kereta. Mengapa perlu membunyikan hon? Bila aku menoleh kearah kereta tersebut, satu suara yang sangat aku kenali tetapi sudah lebih enam tahun tidak mendengarnya menegur aku.
Secara atomatik aku mengenali suara tersebut dan membalas teguranya. Aku meminta dia berhenti. Terkejut juga melihatnya bersama isteri dan anaknya didalam kereta tersebut. Apa tidaknya, Sdr Riduan Bostamin tinggal dan bekerja di Alor Setar dan dengan tidak semena-mena berjumpa disini. Mungkin dia selalu turun ke Sungai Petani tetapi macam mana hari ini dia mengikut jalan ini dan terserempak dengan aku.
Semasa bekerja di pejabat sama, kami sangat akrab. Aku bercadang untuk pergi berjumpa dengannya serta rakan rakan lain pada penghujung bulan April ini untuk menghulurkan kad jemputan kenduri. Tanpa disangka berjumpa di tepian jalan. Aku menjemputnya tetapi berjanji akan mencarinya semula seperti yang dirancang.


Statistik : 
    Mula ............... 0805
    Tamat ............  0950
    Jarak ............... 43km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Bedong - Semeling
   Odometer 2014 : 1127km
         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan