Halaman

Selasa, 8 April 2014

Seringgit dua kupang

Lebih satu minggu tidak melakukan kayuhan. Aku turun ke KL pada 01 April dan balik pada sebelah malamnya. Kemudian aku pulang ke kampung di Bahau Negeri Semnbilan pada 04 April hingga 07 April. Terpaksa berehat beberapa hari sehingga tenaga pulih. Dah tua susah dan ambil masa untuk mengembalikan tenaga pada paras asal. Itu pun kalau ikut hati ingin berehat lama lagi tetapi orang rumah bising bila melihat aku macam lembik aje kerana tidak melakukan aktiviti kayuhan.
Sebelum memulakan kayuhan aku melihat dalam dompet hanya tinggal dua keping note satu ringgit selepas memberikan wang belanja persekolah kepada anak bongsu sebentar tadi. Tak kan lah ndak bayar dengan note RM50.00 untuk sarapan pagi yang selalunya tidak melebihi RM2.00. Agak lega kerana terdapat wang syilling dalam beg yang tergantung pada basikal. Cuma agak risau kalau berjumpa kawan dan diajak minum sama. Macam mana nak bayar.
Bagaikan menduga. aku disertai dari belakang oleh SK Juan hanya beberapa kilometer sebelum sampai kerumah. Biasa lah, kalau tidak aku, dia akan mengajak singgah digerai. Bukan untuk makan sangat tetapi untuk berbual sebelum balik kerumah. Kami singgah di gerai tepi jalan bersebelahan sekolah menengah di Taman Delima. 
Berbeza dengan kos sarapan pagi semasa aku diselatan tanah air beberapa hari lalu, disini aku masih berupaya menikmati sekeping roti canai dan secawan minuman panas (teh atau kopi O) dengan harga satu ringgit dua puluh sen (atau dua kupang). Sering aku tertanya pada diri sendiri berapa lamakah harga ini boleh bertahan?

Statistik : 
    Mula ............... 0805
    Tamat ............  0940
    Jarak ............... 33km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. By pass
   Odometer 2014 : 1084 km
         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan