Halaman

Khamis, 24 April 2014

quaker oat .....

Walau langit mendung dan gelap bagai hujan akan turun sebentar nanti, aku menguatkan tekad untuk melakukan kayuhan. Mungkin awan hujan dilangit pagi ini adalah saki baki hujan malam tadi masih belum beredar. Besar kemungkinan hujan tidak akan turun pada sebelah pagi ini dan ok untuk berkayuh.
Tidak bercadang untuk pergi jauh, mungkin setakat laluan lencongan barat pergi balik sejauh hampir 25 km. Tetapi aku mengubah fikiran apabila mendapati seronok berkayuh dalam cuaca mendung begini dan mengubah laluan kearah Semeling dan kemudian ke Pekan Bedong untuk berpatah balik. Jarak ini hampir sama dengan melalui jalan lencongan timur pergi balik. Bezanya jalan Semeling - Bedong agak teruk dengan rekahan jalan, bertampal, tidak rata, berlubang dan banyak batu batu kecil di tepi jalan yang berbahaya. Boleh menyebabkan kemalangan jika tidak berhati hati.
Amat berpuas hati dengan jarak kayuhan sebentar tadi.
Aku bersembang dengan seorang rakan di pejabat koperasi di Taman Kristal. Dia menyatakan pemeriksaan kesihatan terakhir yang dibuat mendapati tahap kolesterol melebihi 8. Jauh dari paras kolesterol aku yang disekitar 3.3 (bacaan bulan Dec 2013). Paras yang seeloknya ialah dibawah 5.5 bermakna risiko mendapat penyakit cardiovascular agak tinggi. Aku menyesorkan supaya dia mengamalkan mamakan Quaker Oat yang memang terbukti dapat merendahkan tahap kolesterol.
Aku membiasakan diri makan oat setiap pagi sejak tahun 1997 lalu, cuma silapnya dahulu aku mencampurkan sedikit susu pekat manis kerana tidak tahan dengan rasanya. Sejak tiga empat tahun kebelakangan ini aku tidak mencampurkan apa apa. Ramai yang tahu khasiat dan kebaikkan memakan oat dan ramai yang membelinya. Sayang kebanyakkan orang tidak dapat berterusan mengamalkan memakan oat setiap hari. Banyak berhenti sebelum habis pun satu pek.
Rahsia aku dapat bertahan bertahun tahun memakan oat pada setiap pagi. Apabila oat 'dimasak' dengan air panas selepas beberapa minit, masukkan kedalam mulut dan terus ditelan. Jangan bagi masa untuk deria rasa lidah bertindak. Makan semua dengan sekali teguk. Ini bermakna air panas hendaklah dicampur agak banyak supaya bancuhan oat menjadi cair, tidak pekat atau likat.
Walau apa pun aktiviti senaman tidak bolehj ditinggalkan. Banyak mana pun oat atau lain lain makanan yang dapat mengurangkan tahap kolesterol di ambil (consume) menjadi tidak berkesan tanpa melakukan aktiviti senaman. Selalu aku tegaskan buatlah apa pun aktiviti yang sesuai dan selesa untuk diri, penting ia mesti dilakukan. Kayuhan menjadi pilihan No.1 untuk aku.


Statistik : 
    Mula ............... 0815
    Tamat ............  1000
    Jarak ............... 44km
    Cuaca .............. Mendung
    Laluan ............. Semeling - Bedong
   Odometer 2014 : 1312km
        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan