Halaman

Sabtu, 19 April 2014

Leukemia ....

Rabu malam aku mendapat panggilan telefon dari saudara jauh yang tinggal di Pokok Sena Kedah memaklumkan abang sulungnya sakit kuat dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Keadaan tenat dan agak kritikal. Aku diberitahu dia menghidap luekemia. Walau kerap mendengar tetapi aku tidak pasti bagaimana penyakit tersebut. Kebetulan anak sulung akuj ada dirumah dan aku bertanyakan kepadanya. Mengikut anak aku Luekemia adalah cancer darah atau som som tulang dan masalah darah putih.
Kerana sudah lewat malam, aku akan melawatnya pada keesokkan harinya. Aku sampai pada waktu melawat dan tiada masalah untuk terus ke wad 3B. Menghabiskan beberapa minit mencari cari katil pesakit yang ingin aku lawati. Apabila terjumpa ternampak ibu yang hampir berusia 75 tahun dan anak perempuan kedua pesakit berada di tepi katil.
Menurut ibunya dia tidak menunjukkan sebarang symptom sehingga beberapa hari lalu apabila dibawa ke hospital Jitra. Tidak mendapat rawatan sepatutnya dan ahli keluarga memohon dipindahkan ke hospital Alor Setar. Pemohonan tidak dilayan dan terpaksan memohon untuk discharge dan kemudian terus ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Aku tidak berkesempatan bertanyakan khabar kerana pesakit tidak memberikan apa apa response bila dipanggil, hanya bernafas kuat dan kencang. Mata tidak terbuka lansung tetapi membuka mulut apabila disudukan air oleh anaknya. 
Apa yang aku kagum ialah kesabaran, ketaatan anak menunggu ayahnya. Tiada apa yang pelik tetapi memandangkan saudara aku ini sudah bercerai dengan isterinya lebih sepuluh tahun lalu dan tinggal berseorangan, ketika sakit anak anak datang melawat dan menjaganya. 
Aku pulang ke Sungai Petani setelah berada di hospital lebih satu jam. Aku mendoakan agar dia cepat sembuh. 
Keesokkan harinya setelah pulang dari solat Jumaat aku terkejut mendapat panggilan dari isteri saudara aku yang memberitahu tentang abangnya yang masuk kehospital dua hari lalu. Pesakit yang aku lawat kelmarin telah meninggal dunia. Mayat dibawa kerumah bekas isterinya dan akan dikebumikan pada sebelah malam nanti. Tiada kesempatan untuk pergi melawat jenazah dan lagi aku tidak tahu dimana rumah bekas isterinya.
Pagi ini aku bersemangat untuk meneruskan aktiviti kayuhan. Semuga dengan izin Allah aku dapat menjaga kesihatan diri dan dijauhi dari penyakit.


Statistik :
    Mula ............... 0815
    Tamat ............  0950
    Jarak ............... 43 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Jalan Lencongan Timur (pergi balik)
   Odometer 2014 : 1197km
         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan