Pekenan betul dengan hasil pelukis Brazil ni ... |
Aku telah merancang untuk membuat kayuhan ke Kulim kelmarin. Kayuhan yang agak jauh kerana sudah hampir setahun tidak menjelalah ke kawasan tersebut. Boleh juga menziarah dan berjumpa rakan rakan lama disana.
Tetapi rancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana menghadiri taklimat COMBI anjuran Pejabat Kesihatan Derah Kuala Muda. Biasalah. Notis atau jemputan dibuat sehari sebelum majlis. Boleh kalau tidak menghadiri tetapi kerana aku terlibat sebagai seorang ahli panel penasihat klinik kesihatan menjadi tanggungjawap pula untuk hadir. Mungkin ada perkara penting untuk disampaikan untuk kepentingan masyarakat di taman perumahan.
Tetapi rancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana menghadiri taklimat COMBI anjuran Pejabat Kesihatan Derah Kuala Muda. Biasalah. Notis atau jemputan dibuat sehari sebelum majlis. Boleh kalau tidak menghadiri tetapi kerana aku terlibat sebagai seorang ahli panel penasihat klinik kesihatan menjadi tanggungjawap pula untuk hadir. Mungkin ada perkara penting untuk disampaikan untuk kepentingan masyarakat di taman perumahan.
COMBI bermaksud 'Communication for Behaviour Impact' (Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku) adalah satu program anjuran WHO untuk mengubah perangai dan tingkah laku individu seerta masyarakat bagi menangani masalah penyakit berjangkit termasuk tb, kusta dan lain lain. Di Malaysia program COMBI adalah untuk mengurangkan penyakit 'Denggi'.
Hari sebelumnya pada 18 Dec. aku kena hadir ke majlis penutupan program Kem Memperkasa Kendiri kepimpinan Jiran Muda 2012 yang diadakan di kem D'Omland, Teluk Bayu, Tikam Batu. Program ini anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Muda. KRT Taman Intan menghantar empat peserta remaja untuk mengikut program ini sebelu sessi sekolah bermula.
Berbelah bagi samada untuk membawa basikal balik kampong atau tidak. Ada masa satu hari sebelum hari kenduri. Kalau basikal dibawa bersama boleh aku membuat kayuhan di kawasan Seremban. Paling lekeh boleh membuat kayuhan di Bukit Putus dan Peranginan Ulu Bendol. Seronok juga.
Kayuhan pagi ini dalam keadaan redup dan tidak mahu pergi jauh, setakat jalan lencongan timur dan barat. Ini memadai untuk hari ini. Tiada apa yang special. Berselelisih dengan sekumpulan enam orang roadbikers, mungkin dari Tikam Batu atau Kepala Batas.
Semasa melalui Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya aku teringat kepada trajedi yang berlaku di sekitar Taman Perumahan Flat Paya Nahu pada 17 Dec lalu. Ia menjadi berita hangat di dalam akhbar. Insiden yang hanya disebabkan pergaduhan kecil kumpulan anak muda pada awal pagi, melarat menjadikan pergaduhan antara geng.
Pelbagai cerita yang didengar dan diperbesarkan menjadi cerita rusuhan dan pergaduhan kaum. Hinggakan ada yang menyebarkan cerita bahawa Daerah Kuala Muda diletakan dalam perintah berkurung. Kebanyakkan penduduk daerah ini tidak tahu atu perasan perkara ini berlaku. Perjalanan dan aktiviti harian penduduk adalah seperti biasa. Penyebaran berita dan kabar angin ini dibuat melalui SMS dan Internet.
Kayuhan melalui pinggir kawasan terlibat tidak menunjukkan sebarang petanda perkara buruk belaku. Tindakan pihak polis mengawal keadaan dan membuat tangkapan terhadap anak anak muda yang mencetuskan pergaduhan telah dibuat dan keadaan kini pulih seperti biasa.
Statistik :
Mula ............... 8.10 pagi
Tamat ............. 9.30 pagi
Jarak ............... 33 km
Cuaca .............. Nyaman, redup
Laluan ............. Jalan Lencongan Timur - Barat
Odometer 2012 : 04260
Tiada ulasan:
Catat Ulasan