Untuk mengelakkan rasa jemu dan bosan, seeloknya kena lakukan aktiviti senaman lain. Kalau kita hadkan kepada hanya satu aktiviti sahaja, kemungkinan kita akan 'cemuih' dan akhirnya tidak meneruskan aktiviti tersebut. Lapuran ramalan kaji cuaca untuk Sungai Petani yang disiarkan dilaman utama 'Yahoo' menyatakan cuaca akan panas pada pagi ini dan hujan akan turun disebelah petang. Walau begitu aku tidak bercadang untuk membuat kayuhan hari ini sebaliknya bercadang untuk mendaki bukit. Agaknya lebih lima bulan aku tidak melakukan aktiviti ini.
Sebelum aku bergiat dalam aktiviti basikal, aku melakukan berjalan kaki mendaki bukit. Kami di Sungai Petani baik kerana terdapat sebuah bukit tidak sampai lima kilometer dari bandar. Terdapat laluan yang luas dan selesa untuk penduduk tempatan melakukan aktiviti berjogging (mendaki).
Setiap pagi dan petang terdapat puluhan orang yang melakukan aktiviti ini tanpa mengira usia atau jantina. Jika diikutkan statistik lebih dari 50% adalah warga tua yang melebihi umur 60 tahun. Kelebihan melakukan aktiviti ini adalah ianya boleh dilakukan berseorangan dan pada bila bila waktu sahaja. Tidak perlu bimbang tentang keselamatan kerana disana selalu ada orang.
Bukit tersebut dianggarkan mempunyai ketinggian hampir 200 meter dari paras laut. Untuk sampai kepuncak, laluan tidak menegak tetapi mengikut menyusur dengan kecuraman yang tidak terlalu curam. Dari puncak bukit tersebut kita dapat melihat Sungai Petani disebelah utara dan Pulau Pinang disebelah selatan. Terdapat berbagai jenis tumbuhan dan dusun buah-buahan. Kebiasaan, tempat permulaan dan tamat pendakian adalah di Taman Semarak.
Secara kasarnya tempoh yang diambil untuk membuat satu pusingan pendakian ialah satu jam jika mengikuti trek biasa. Bagi pendaki yang telah 'season' mereka akan turun mengiku laluan ke Pekan Tikam Batu dan kemudian membuat pendakian semula untuk turun disebelah Taman Semarak. Pada hujung minggu atau cuti umum, bilangan bertambah menjadi tiga atau empat kali ganda dari bilangan pada hari biasa. Terdapat juga kumpulan remaja yang membuat perkelahan dipuncak bukit.
Dahulu terdapat sebuah air terjun kecil dipertengahan pendakian, tetapi kini airnya amat berkurang kerana aktiviti pertanian diatas. Pada musim buah-buahan pendaki boleh membeli buah seperti cempedak, durian, petai dan asam gelugor dengan harga yang agak murah.
Bagi orang biasa yang belum pernah membuat pendakian bukit ini akan berasa sukar untuk sampai keatas. Aku sendiri semasa mula mula mendaki berhenti tidak kurang dari 20 kali dan mengambil masa lebih dua jam untuk sampai kepuncak. Kini aku boleh menghabiskan keseluruhan pendakian dan turun dalam tempoh kurang satu jam. Pendaki bermual seawal jam 6.00 pagi dan pada sebelah petang ada yang memulakan pendakian selewat jam 7.00 petang.
Kepuasan pendakian bukit memang tidak dapat dibandingkan dengan kayuhan basikal kerana ia agak berbeza. Bagi mereka yang aktif, peluh yang keluar akan membasahi keseluruhan baju dan seluar. Denyutan jantung lebih laju dan kuat. Otot otot kaki adalah lebih tegang.
Kalau bernasib baik kita akan melihat binatang kecil seperti ulat gonggok, lipan, ular kecil, rama-rama dan yang seronok melihat semut yang bersaiz besar. Kadang kala kita dapat melihat ribuan semut beratur bergerak perlahan lahan untuk berpindah sarang. Awas .... pada musim hujan akan pacat yang bersedia untuk hinggap dikaki dan menghisap darah melainkan jika kita memang berniat untuk mendermakan darah kita kepada pacat pacat tersebut. Juga berhati pada babi hutan yang mencari makanan ditepi jalan laluan kita. Biasanya babi tersebut akan lari apabila dihampiri manusia.
Perlu diingatkan bahawa ada beberapa laluan yang agak curam semasa membuat penurunan. Lebih bijak jika membawa tongkat agar dapat menahan kita dari terjatuh semasa turun. Aku sendiri telah jatuh beberapa kali semasa menurun. Jika pada musim hujan jalan menjadi licin dan pendaki sering tergelongsor dan jatuh. Gunakan kasut yang sesuai yang mempunyai stud getah.
Satu lagi aktiviti aku ialah berkayak. Tetapi ini akan aku tulis pada lain masa.
Sebelum aku bergiat dalam aktiviti basikal, aku melakukan berjalan kaki mendaki bukit. Kami di Sungai Petani baik kerana terdapat sebuah bukit tidak sampai lima kilometer dari bandar. Terdapat laluan yang luas dan selesa untuk penduduk tempatan melakukan aktiviti berjogging (mendaki).
Setiap pagi dan petang terdapat puluhan orang yang melakukan aktiviti ini tanpa mengira usia atau jantina. Jika diikutkan statistik lebih dari 50% adalah warga tua yang melebihi umur 60 tahun. Kelebihan melakukan aktiviti ini adalah ianya boleh dilakukan berseorangan dan pada bila bila waktu sahaja. Tidak perlu bimbang tentang keselamatan kerana disana selalu ada orang.
Jalan naik dari Taman Semarak |
Secara kasarnya tempoh yang diambil untuk membuat satu pusingan pendakian ialah satu jam jika mengikuti trek biasa. Bagi pendaki yang telah 'season' mereka akan turun mengiku laluan ke Pekan Tikam Batu dan kemudian membuat pendakian semula untuk turun disebelah Taman Semarak. Pada hujung minggu atau cuti umum, bilangan bertambah menjadi tiga atau empat kali ganda dari bilangan pada hari biasa. Terdapat juga kumpulan remaja yang membuat perkelahan dipuncak bukit.
Dahulu terdapat sebuah air terjun kecil dipertengahan pendakian, tetapi kini airnya amat berkurang kerana aktiviti pertanian diatas. Pada musim buah-buahan pendaki boleh membeli buah seperti cempedak, durian, petai dan asam gelugor dengan harga yang agak murah.
Bagi orang biasa yang belum pernah membuat pendakian bukit ini akan berasa sukar untuk sampai keatas. Aku sendiri semasa mula mula mendaki berhenti tidak kurang dari 20 kali dan mengambil masa lebih dua jam untuk sampai kepuncak. Kini aku boleh menghabiskan keseluruhan pendakian dan turun dalam tempoh kurang satu jam. Pendaki bermual seawal jam 6.00 pagi dan pada sebelah petang ada yang memulakan pendakian selewat jam 7.00 petang.
Kepuasan pendakian bukit memang tidak dapat dibandingkan dengan kayuhan basikal kerana ia agak berbeza. Bagi mereka yang aktif, peluh yang keluar akan membasahi keseluruhan baju dan seluar. Denyutan jantung lebih laju dan kuat. Otot otot kaki adalah lebih tegang.
Kalau bernasib baik kita akan melihat binatang kecil seperti ulat gonggok, lipan, ular kecil, rama-rama dan yang seronok melihat semut yang bersaiz besar. Kadang kala kita dapat melihat ribuan semut beratur bergerak perlahan lahan untuk berpindah sarang. Awas .... pada musim hujan akan pacat yang bersedia untuk hinggap dikaki dan menghisap darah melainkan jika kita memang berniat untuk mendermakan darah kita kepada pacat pacat tersebut. Juga berhati pada babi hutan yang mencari makanan ditepi jalan laluan kita. Biasanya babi tersebut akan lari apabila dihampiri manusia.
Perlu diingatkan bahawa ada beberapa laluan yang agak curam semasa membuat penurunan. Lebih bijak jika membawa tongkat agar dapat menahan kita dari terjatuh semasa turun. Aku sendiri telah jatuh beberapa kali semasa menurun. Jika pada musim hujan jalan menjadi licin dan pendaki sering tergelongsor dan jatuh. Gunakan kasut yang sesuai yang mempunyai stud getah.
Pandangan ke arah selatan - Tikam Batu |
Pemandangan ke arah utara - Sungai Petani |
Satu lagi aktiviti aku ialah berkayak. Tetapi ini akan aku tulis pada lain masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan