Semasa menghampiri traffic light Sungai Pasir, sebuah motor menghampiri dari belakang dan menegur aku. Walaupun tidak berapa jelas aku tahu orang yang menegur itu adalah Shukri, rakan sekerja dahulu dan kawan baik. Dia terus berlalu tetapi menunggu aku selepas lampu isyarat. Sempat bersembang sebentar kerana dia dalam perjalanan ketempat kerja.
Masih belum ada kesempatan untuk membuat kayuhan dengannya. Dua minggu lepas pada 13 Nov 2010 dia menelipon aku awal pagi mengajak aku membuat kayuhan ke Tupah. Aku terpaksa menolak kerana terlibat pada program IWK bersama penduduk yang diadakan di Taman Nilam, Sungai Petani.
Shukri adalah orang yangbertanggungjawap membuat aku terjerumus dalam aktiviti berbasikal. Pada awal tahun 2000 dia membeli sebuah basikal mountain berjenama Montana Dakar dan kemudian meracun aku untuk membeli juga. Kononnya untuk mencari rakan kayuhan. Pada waktu itu aktiviti sukan berbasikal masih lagi diperingkat awal dan tidak ramai yang menceburinya (di Sungai Petani). Mungkin hanya sekali dua kami membuat kayuhan bersama, itu pun dalam kawasan taman sahaja. Dia juga mempunyai aktiviti termasuk motorsikal berkuasa tinggi. Pernah bermotorsikal ke Cheng Mai, Golden Triangle, Laos, Kamboja dan lebih kerap bermotosikal dalam negeri.
Hampir sepuloh tahun dia tidak mengambil serius tentang aktiviti berbasikal hinggalah beberapa bulan yang lalu bila ia membeli basikal mountain yang lebih elok dari basikal pertamanya. Sedangkan aku menjadi semakin aktif berbasikal.
Walau bagitu dia masih tidak mahu membuat kayuhan bersama aku kerana masih dalam latihan dan belum sampai keperingkat yang membolehkan dia membuat kayuhan lasak dan jarak jauh. Dia cuma berkayuh dalam jarak 20km sekali atau dua kali seminggu. Welcome to the club....................

Statistik :
Mula ............... 7.45 pagi
Tamat ............. 9.30 pagi
Jarak .............. 25 km
Cuaca ............. cerah
Route .............. Lencongan Barat - Bukit Taman Kempas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan