Teringat kata kata seorang yang aku hormati ditempat kelahiran. Pak Long Ahmad, anak seorang guru agama yang mengajar aku mengaji Kor'an, fardu ain dan lain lain bersangkutan dengan agama, baru sahaja meninggal pada tahun 2009. Menurutnya salah sebab utama kenapa orang kita kurang berjaya dalam perniagaan ialah kerana tuntutan keagamaan dan kemasyarakatan.
Apa kena mengena dengan blog basikal? Dua hari yang lepas aku tidak dapat membuat kayuhan kerana Hari Raya Aidil Adha pada hari Rabu manakala keesokkan harinya bersama ahli kariah menyembelih lembu qurban di masjid taman perumahan aku. Dimasa cuti sekolah ini banyak hari hari dimana kayuhan terpaksa dibatalkan kerana undangan walimatul urus kenduri kahwin sahabat handai dan taulan.
Berbalik kepada kata kata Pak Long Ahmad, kita tidak boleh mengelakkan kewajipan menunaikan hajat jemputan untuk meraikan perkahwinan, tidak boleh meninggalkan kewajipan menziarahi orang sakit dan penting sekali orang meninggal dan hal agama lain. Semua kegiatan perniagaan mesti dihentikan atas alasan dan sebab sebab tersebut. Aku pula meluaskan lagi bukan sekadar perniagaan tetapi aktiviti lain juga terpaksa ditinggalkan.
Petang ini cuaca agak baik dan aku tidak melepaskan peluang untuk membuat kayuhan yang sudah tiga hari aku tinggalkan. Pagi tadi Juan (rakan berkayuh yang kini berusia 76 tahun) datang kerumah selepas kayuhan paginya. Dia menceritakan pengalaman kayuhan 140 km yang dibuat pada hari Ahad lepas. Ini menaikan lagi semangat aku.
Jerat cina Sungai Petani bersebelahan lebuhraya |
Kenapa bila kita (orang Islam) tidak merasa takut bila pergi ketempat tersebut berbanding kalau pergi ke perkuburan Islam. Perbezaan ketara ialah dari segi kebersihan kawasan jerat yang dijaga rapi. Hinggakan jalan jalan dibubuh tanda petunjuk. Aku sempat bersembang dengan seorang kontraktor yang sedang membina tapak perkuburan orang yang baru mati. Kos kubur kini mencapai harga RM40 ribu tidak termasuk lot tapak yang mencecah harga RM15 ribu.
Keseluruhan aku membuat empat pendakian di kawasan berbeza. Terpaksa berhenti pada dua pendakian kerana kehabisan kederat (tenaga). Tetapi dapat dihabiskan. Rantai basikal mengalami masalah terkeluar dari cog tetapi hati aku puas dengan peluh yang mengalir keluar dari badan seolah mengeluarkan toksik dan lemak yang dikumpulkan semasa Hari Raya Aidil Adha.
Statistik :
Mula .................. 5.30 petang
Tamat ................ 6.45 petang
Jarak ................. 25 km
Cuaca ................ Redup
Route ................ Jerat Cina Taman Kempas
Mula .................. 5.30 petang
Tamat ................ 6.45 petang
Jarak ................. 25 km
Cuaca ................ Redup
Route ................ Jerat Cina Taman Kempas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan