
Kayuhan pagi ini bagaikan melunaskan tiga hari tanpa aktiviti senaman. Aku ingin ke Pantai Merdeka tetapi menukar fikiran untuk ke Pulau Sayak melalui jalan menuju ke kuala Sungai Muda.
Seronok berkayuh di jalan dari Tikam Batu ke Kota Kuala Muda kerana jalan yang baru diturap. Walaupun jalan agak sibuk tetapi dapat membuat kayuhan dengan lancar tanpa lubang dan jalan yang tidak rata. Apabila sampai di Kampung Pematang Pasir baru aku perasan kenapa jalan diturap. Sultan Kedah datang ke Kampung Pematang Pasir pada minggu lepas untuk merasmikan pembukaan Masjid baru kampung yang dibina dengan pembiayaan Datok Khalid dan Datok Siti Norhaliza.
Projek tebatan banjir sedang rancak berjalan. Tebing sungai yang sempit atau terlalu hampir dengan jalan utama di tambak dan dilebarkan. Banyak kawasan yang diratakan untuk projek tersebut. Jalan selepas pekan Kota Kuala Muda banyak yang rosak akibat lori mengangkut tanah yang lebih muatan untuk menambak tebing sungai Muda. Ini adalah akibat yang terpaksa ditempuh untuk kesenangan dan kemudahan dimasa hadapan.
Hutan paya yang dipenuhi dengan pokok nipah bersebelahan dengan taman penempatan mangsa tsunami tahun 2006 telah digondolkan, diratakan dan ditambak. Mungkin tapak tersebut akan digunakan untuk mendirikan lebih banyak tempat kediaman. Bagi aku agak merugikan kerana terpaksa mengorbankan alam semula jadi dan eco-system. Banyak lagi tempat lain yang boleh dijadikan kawasan penempatan.
Oh .... Pulau Sayak bukanlah sebuah pulau seperti namanya. Ramai orang luar menyangka ialah terletak ditengah laut. Laut disebelah sini dipenuhi dengan lumpur dan tiada kawasan untuk berkelah atau mandi. Cuma terdapat sedikit kawasan untuk beriyadah disebelah tanjung menghadap laut berhampiran dengan kawasan ternakan udang.
![]() |
Tempat melihat anak bulan |
Terdapat beberapa chalet penginapan dan salah satu ditinggalkan oleh pemilik. Keadaan pantai yang dipenuhi dengan batu menjadikan ia dipenuhi dengan kaki pancing terutama pada sebelah petang dan malam. Tidak kurang juga yang menjadikan kawasan ini tempat melepaskan gian penyalahgunaan dadah.
![]() |
Tempat berkelah dan mandi laut |
Aku berkayuh pulang melalui jalan utama Pantai Merdeka - Sungai Petani. Di Bukit Meriam aku terserempak dengan kumpulan anak muda yang mengayuh roadbikes. Dari pakaian mereka, mungkin mereka adalah kumpulan kelab basikal yang melakukan sessi training harian.
Statistik :
Mula ............ 7.45 pagi
Tamat ...........10.40 pagi
Jarak ............ 68 km
Cuaca ........... panas
Laluan .......... Tikam Batu - Kota Kuala Muda - Pulau Sayak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan