Halaman

Jumaat, 11 Oktober 2013

Abis hujan .. panas dan angin

Di hari hari mendatang, aku kena keluar berkayuh awal sedikit dari biasa. Dengan musim hujan sudah tamat (agaknya ..... buat masa ini) matahari keluar awal. Jam 7.30 pagi sudah menyinar terang. Kalau lambat terpaksalah mendedahkan tubuh badan kepada pancaran panas matahari apabila pagi meninggi.
Boleh sahaja keluar awal tetapi masalah utama adalah bilangan kenderaan yang berada dijalan raya. Waktu ini orang ramai keluar bekerja dan tidak kurang ramai yang pulang dari kerja. Ramai ibu bapa yang menghantar anak kesekolah masih lagi dalam perjalanan pulang kerumah. Berkayuh pada waktu ini memerlukan pemerhatian  dan tumpuan sepenuhnya untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 
Pagi ini aku keluar berkayuh kearah barat melalui pekan Tikam Batu hingga ke Kota Kuala Muda. Kemudian menyeberangi jambatan ke Pematang Bendahari dan melalui jalan arah ke Bumbung Lima. Satu lagi cabaran melalui jalan bendang ialah tiupan angin yang kencang yang memerlukan banyak tenaga.
Aku menghadkan jarak dan masa kayuhan pada pagi Jumaat untuk menyimpan tenaga.


Statistik : 
    Mula ............... 7.50 pagi
    Tamat ............  9.40 pagi
    Jarak ............... 44 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Kota Kuala Muda - Bumbung Lima
   Odometer 2013 : 03891

Tiada ulasan:

Catat Ulasan