Halaman

Selasa, 29 Oktober 2013

BORR .... bilakah masa sesuai untuk bersenam

Elok cerahnya cuaca pagi ini, tidak seperti kelmarin. Walau pun agak mendong kelmarin tetapi aku dapat berkayuh lebih 40 km dan sebaik selesai membersihkan diri hujan turun agak lebat. Kelam kabut mengangkat jemuran yang tersidai dilaur kerana orang rumah belum pulang dari pasar. Hari ini berbeza, matahari bersinar terang di awal pagi. Aku dapat rasakan bahawa cuaca panas akan berpanjangan hingga ke petang. Tiada hujan akan turun.
Aku keselatan menuju ke Butterworth mengikut laluan BORR. Memang sudah lama tidak mengikuti lebuhraya ini. Satu satunya lebuhraya disebelah utara yang membenarkan basikal melalui. Selalunya aku akan membuat U-turn sebelum tol Perai tetapi kali ini terlajak berhampiran Chee Ling Park.
Rasanya aku ingin untuk ke Terminal Feri membawa basikal ke George Town. Sudah lama aku merancang tetapi masih belum kesempatan. Hari  ini aku tidak bersedia ... tidak membawa pulus (wang) secukupnya. Terpaksa tangguhkan untuk masa yang sesuai. 


Cuaca terus panas terik. Tekak kering kehausan dan aku tidak sabar untuk berhenti berehat dan membasahkan tekak. Tempat dah set... di lokasi jualan Lemang Pak Teh Taman Rhu. Sambil menghilangkan penat boleh berjumpa dengan rakan rakan bertanyakan khabar dan kalau lapar boleh makan nasi ikan bakar atau gulai itik.
Tidak sia sia aku singgah disini kerana selesai minum aku bersembang dengan seorang penjual lemang. Dia memberitahu tentang ceramah agama oleh Ustaz Khazim yang didengar melalui radio RTM Pulau Pinang beberapa hari lalu. Mengikut Ustaz Khazim ramai pengidap penyakit 'diabetik' tidak tahu bilakan masa yang sesuai untuk melakukan senaman. Pesakit diabetik tahu mereka perlu melakukan aktiviti riyadah seperti senaman untuk mengawal penyakit yang dihadapi. Kebanyakkan orang akan melakukan senaman pada awal pagi selepas solat subuh samada sebelum atau selepas bersarapan.
Menurut ceramah tersebut ada tertulis didalam tafsiran Al-Quran bahawa waktu yang mujarab melakukan senaman untuk pesakit diabetik adalah pada waktu petang selepas solat Asar. Pertama kali aku mendengar kenyataan begini. Ustaz Khazim menerangkan bahawa organ tertentu didalam badan akan mengeluarkan glukose dengan banyak pada waktu pagi dan banyak lagi jika melakukan aktiviti senaman. Jadi melakukan senaman pada waktu pagi tidak akan membantu mengurangkan tahap gula dalam badan pesakit diabetik.
Banyak soalan yang terlintas didalam kepala aku. Sayang sekali aku tidak mendengar ceramah tersebut. Mungkin aku akan bertanya kepada pegawai perubatan bila ada kesempatan nanti. Lama juga aku bertukar tukar pendapat dengan kawan tersebut dengan harapan memberi sedikit kebenaran pada kenyataan tersebut.
Betul ... ramai kenalan yang menghidap diabetik tidak dapat menurunkan tahap gula walaupun melakukan senaman setiap hari dan dengan mengamalkan pemakanan sihat. Tahap gula hanya dapat dikawal dengan ubat ubatan. Adakah dunia perubatan tahu dengan hakikat ini?
Cara yang paling mudah untuk membuktikan kebenaran kenyataan ini ialah dengan melakukan apa yang dinyatakan. Ubah waktu senaman ke sebelah petang untuk tempoh tertentu. Ambil bacaan gula pada awal dan pada akhir tempoh tersebut. Lebih elok jika bacaan gula diambil sebelum memulakan dan pada akhir masa setiap kali mekakukan senaman.
Cakap pasal diabetik, aku ternampak papan iklan sebuah kedai di Taman Nilam Sari sebelum persimpangan masuk ke Taman Intan, rumah aku. Kini ada kedai yang khas menjual makanan yang tiada gula untuk pesakit diabetik. Ini menunjukkan betapa seriusnya penyakit ini dinegara kita sekarang. Kalaau tidak silap ia menjadi penyakit pembunuh No.1 di Malaysia.
Akhbar tempatan hari ini menunjukkan peningkatan pesakit diabetes di Malaysia dari 15% pada tahun 2006 kepada 21% pada tahun 2011. 17% adalah kaum Melayu, Cina 14% dan India sebanyak 25%.
Mungkin pesakit diabetik kena mengambil berat tentang ceramah ustaz ini dan lihat sendiri keberkesanannya. 

Statistik : 
    Mula ............... 7.55 pagi
    Tamat ............  12.05 tengah hari
    Jarak ............... 80 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. BORR (Butterworth Outer Ring Road)
   Odometer 2013 : 04229
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan