Halaman

Khamis, 17 Oktober 2013

Kayuhan daging korban .....

Ingatkan musim hujan sudah tamat. Salah sungguh sangkaan yang dibuat. Selepas kayuhan akhir pada Jumaat lalu, setiap pagi hujan turun, awal dan berlarutan hingga lewat pagi dan kadang kala hingga ke petang. Nasib baik cuti berkayuh dua pagi kerana sambutan Hari Raya Aidil Adha. Tak kan lah hendak kayuh juga. Apa pula kata orang nanti.
Badan terasa begitu lemah dan letih. Ikutkan hati tidak mahu keluar berkayuh pagi ini. Tetapi sayang pula kerana cuaca begitu baik sekali. Esok lusa tidak tahu, mungkin hujan lagi. Malam tadi aku masuk tidur awal dan terlajak sehingga hampir tamat waktu solat subuh. Aku bertanya kepada orang rumah kenapa begitu letih, adakah mungkin terlalu banyak makan nasi pulut termasuk lemang dan ketupat. 
Dua hari tiada lauk lain dihidangkan dimeja. Daging..... daging. Dalam peti sejuk ada lagi tulang dan daging korban yang di'hadiah'kan kerana membantu pada majlis korban di Masjid Taman Intan pada hari raya kedua. Tahun ini tujuh ekor lembu dikorbankan. Sama seperti tahun sebelumnya.
Mungkin terlalu teruja untuk melakukan kayuhan selepas lima pagi berehat. Aku terpaksa berpatah balik kerumah setelah hampir setengah kilometer apabila aku tersedar bahawa aku tidak mamakai sarung tangan dan helmet. Apabila memasuki semula rumah untuk mengambil benda tersebut, aku dapati beg duit yang juga berisi handphone dan kamera juga tertinggal diatas boyenet kereta.


Statistik : 
    Mula ............... 8.20 pagi
    Tamat ............  9.40 pagi
    Jarak ............... 34 km
    Cuaca .............. Panas
    Laluan ............. Kota Kuala Muda - Bumbung Lima
   Odometer 2013 : 03925

Tiada ulasan:

Catat Ulasan