Halaman

Isnin, 21 Oktober 2013

Terperangkap dalam hujan

Cuaca begitu cerah pada awal pagi dan aku tidak dapat menahan kemahuan untuk membuat kayuhan. Dua hari berturut turut hujan turun dengan lebat disebelah utara sehingga membaca dalam kahbar beberapa tempat disekitar kawasan Kedah dan Perak mengalami banjir. Tidak lah teruk tetapi banyak keluarga terpaksa dipindahkan takut keadaan bertambah buruk.
Ingatkan hari ini hujan tidak akan turun, matahari mulai menmancar walaupun ada nampak tompok awan hitam dilangit, sesuai membuat kayuhan untuk menghilangkan sengal sengal badan.
Dua hari lalu aku ke salah sebuah supermarket utama di Bandar Perda Bukit Mertajam. Di komplek ini terdapat banyak restoren makanan segera. Sementara menunggu isteri dan anak perempuan aku duduk dikerusi massage. Masukkan not satu ringgit dan aku menikmati urutan mekanikal selama tiga minit. Syok juga, bonggol besi didalam kerusi itu seperti tahu dimana otot otot badan yang perlu diurut. Bergerak menekan kawasan dan bahagian yang penting. Otot betis pula disepit. Hilang sengal otot otot dan lenguh bahagian tulang belakang, pinggul dan tengkuk,  tetapi tidak dapat menandingi kayuhan basikal.
Bila aku benar benar yakin aku keluar menggunakan 'rb vintage' dan berkayuh menghala ke selatan. Aku merancang bila cukup satu jam akan berpatah balik. Setelah melepasi pekan Kepala Batas tompokan awan hitam yang tadi bertaburan mulai berarak dan meng'consildasi'. Pastinya akan menyebabkan hujan. Aku membuat pusingan 'U' kerana sudah mencukupi tempuh satu jam yang ditetapkan. Aku mohon agar ketibaan hujan ditangguhkan atau dilewatkan hingga aku sampai balik kerumah.
Hanya 10 km sahaja lagi dan hujan mulai turun. Aku sepatutnya membawa beg plastik untuk membalut beg kamera dan handphone dari terkena air hujan dan terpaksa mengutip beg plastik ditepi jalan untuk tujuan ini. Aku berhenti sebentar distesyen minyak di Taman Kristal Sungai Petani tetapi meneruskan kayuhan pulang kerumah kerana mendapati tiada tanda hujan akan berhenti.

Statistik : 
    Mula ............... 8.05 pagi
    Tamat ............  10.00 pagi
    Jarak ............... 45 km
    Cuaca .............. Redup / Hujan
    Laluan ............. Kepala Batas
   Odometer 2013 : 03967

Tiada ulasan:

Catat Ulasan